Photobucket

Monday, December 29, 2008

Hakikat Alam Universiti

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, dah nak masuk semester 2. Rupanya, satu semester dah berlalu di Universiti Malaysia Pahang ni. Banyak telah aku belajar dan faham tentang sistem-sistem di Universiti. Banyak pengalaman detik manis dan pahit aku lalui sepanjang satu semester lepas.

Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Memang kita akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemudi Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan Din yang kita junjung ni.

Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah islam keseluruhannya. munglin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi Dinul Islam itu sendiri.

kita juga kena jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Memang susah belajar di alam U... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, kita mestilah menjaga hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun kita sibuk dengan kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.

Firman Allah Taala,
Dillimpahkan atas mereka kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali bila mereka mempunyai hubungan yang baik dengan Allah dan dengan manusia”.
( Al- Imran : 112 )

Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.

Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.

Begitulah hakikat diri kita Manusia..terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini. Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh berusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT.
wassalam...

Tuesday, December 23, 2008

DALAM SUJUD TERAKHIRKU

Dalam sujud terakhirku, Ya Allah...
ku teriakkan Asma-MU sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang ini

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman...
ku lihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim..
biarkan aku patah dalam cahayamu,
biarkan kumusnahkan titik-titik kemungnafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMU

Dalam sujud terakhirku
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMU
dan kekasihMU tercinta

Istighfar kepada Allah S.W.T

ISTIGHFAR, khalimat yg sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah seandainya kita betul-betul mengamatinya dalam hidup kita. Namun, apa boleh buat, kita insan yang lemah, sentisa alpa, lalai didodoi dengan ladu-lagu yang melalaikan sehinggakan khalimat ini amat berat untuk menyebutnya di bibir mulut kita.. Bagaimanakah caranya untuk kita melatih diri kita, hati kita, jiwa kita, mulut kita untuk sentiasa beristighfar kepada Allah? Hakikatnya, Istighfar memiliki dua makna..

Pertama, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal'adzim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, maka semakin bersih diri kita daripada dosa, kesalahan dan aib-aib. Kerana Allah sangat menyukai hambaNya yang sentiasa beristighfar. Kerana tidak satu pun antara kita yang bersih daripada dosa, maka beristighfar adalah kewajipan dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Kedua, setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahal'adzim, bererti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat,agar kiat menguatkan akidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlak kita mulia..

SO, sama-sama kita bermuhasabah diri, merenung seketika, menginsafi diri sejauh mana dosa yang telah kita lakukan dan sejauh mana kita bermohon keampunan dengan Maha Pencipta. Sama- sama kita renungkan... moga-moga khalimah ini menjadi satu kewajipan, kemestian, dan satu kepastian untuk menyebutnya sepanjang hayat...

Thursday, November 13, 2008

Bangunan Yang Tidak Rosak

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahwa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja."Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?""Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka."Segera katakan apakah itu." Desak raja."Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.

Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Alhamdulillah, melalui cerita ini, kita dapat lihat keagungan dan kekuasaan Allah. Alhamdulillah jgk, aku dipilih menjadi student civil engineering, blh la memahami dan mlihat keagungan ilmu Allah sendiri dari segi bidang fizik khususnya bab2 bangunan... mmg menakjubkan.


menak

ilmu

ILMU ITU PERLU

"menuntut ilmu itu wajib untk setiap muslim"

"tuntutlah ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad"

KATA DIRI:buat apa belajar tinggi-tinggi kalau tidak ikhlas. Belajar sampai ijazah,Master,PhD,sebab hendak menunjuk semata-mata kerana kerja,semata-mata kerana sijil,sebab itulah ada doctor,.ada profesor tetapi perangai macam celaka.sia-sia belaka.

FIKIR AKAL:rugilah orang yang belajar bukan kerana ilmu.kesia-siaan sajalah untuk orang yang belajar semata-mata kerana silij dan pangkat tinggi.

TEGUH HATI:Contohilah Al-Ghazali.tersentak dengan sindiran ketua perompak bahawa ilmu di akal, bukan di buku,beliau menghafal semua pelajaran.jadilah Al-Ghazali ahli ilmu yang agong.

So, tuntutlah ilmu untuk mengenal Allah, mncari keredhaanNya, dan bertambah kecintaan kepadaNya. Moga- moga kita mendpt kberkatan Ilahi dlm mjalani kehidupan seharian.

Kagumlah Pada Allah

Engkau kagum dengan ahli astronomi,
Kerana mereka dapat mengesan bintang-bintang, planet-planet dan perjalanannya,
Engkau kagum dengan ahli-ahli sains kerana dapat membuat penemuan demi penemuan,
Engkau kagum dengan filasuf-filasuf kerana dapat memikirkan perkara-perkara yang seni-seni,
Dapat membuat penyelidikan benda-benda yang tidak terfikir oleh manusia selama ini,
Engkau kagum dengan ahli-ahli ilmu kerana mereka dapat berbagai-bagai ciptaan untuk keperluan manusia,
Orang yang mata hatinya celik sedikit pun tidak heran dengan mereka,
Karena mereka mengesan benda-benda yang sudah sedia ada,
Mereka mengetahui bahan-bahan yang telah wujud,
Tapi mengapa engkau tidak kagum dengan pencipta benda-benda dan bahan-bahan itu?

Mengapa engkau tidak terasa hebat dengan Allah yang menjadikan, mentadbir benda-benda dan bahan-bahan itu?
Padahal ahli-ahli fikir tadi dapat mengesan benda-benda yang ada,
Tapi mereka tidak mengenal langsung Allah pencipta benda-benda yang sudah ada itu,
Macamlah orang kagum dengan orang yang dapat tahu adanya harimau di dalam hutan,
Tapi tidak kagum dengan siapa yang menjadikan harimau dan menghantarnya ke dalam hutan?!
Mana lebih cerdik,
Orang yang kagum dengan orang yang dapat mengesan benda dan bahankah
atau orang yang kagum dengan yang mengadakan benda dan bahan itu?
Begitu lemahnya manusia yang akalnya saja yang berfungsi tapi jiwanya tidak berfungsi,
Mereka rasa hebat dengan benda yang akan binasa,
Mereka kagum dengan benda yang tidak akan kekal,
Tapi mereka tidak rasa hebat dengan Allah yang tidak binasa dan yang kekal abadi,
Mereka rasa ajaib dengan benda yang kena jadi dan kena tadbir yang langsung tidak ada kuasanya,
Tapi mereka telah melupakan Allah yang mencipta, mentadbir dan yang menentukan nasib segala benda,
Karena itulah Allah Taala utuskan rasul-rasul dan para-para nabi ke dunia,
Untuk mencelikkan hati dan menghidupkan jiwa agar kenal Allah yang Maha Pencipta,
Kalau hendak diharapkan ahli fikir saja sampai bila pun hati akan buta dari pada mengenal Allah yang Maha Esa.

Kasih Rasulullah Pada Umatnya

Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ? ayuh kita jalinkan semula huraian, ikat kembali ikatan dan eratkan kembali ukhuwwah fillah sesama kita...

Wednesday, November 12, 2008

ump.png (image)

alhamdulillah, dah abis satu semester ana kat bumi UMP ni... semester ni, ana masih agak lemah dan tak bersemangat lagi. mungkin sebab ana memang mengambil masa sedikit nak menyesuaikan diri di sesuatu tempat dan keadaan. ana mintak maaf pada sahabat-sahabat, coursemate, roomate dan sapa saje yang ana kenal atas segala kesilapan dan kesalahan yang ana buat disepanjang satu semester ni.. pepun, kita jumpe semester depan. insyaAllah, dengan satu langkah yang baru...

welcome_38.png (image)

selamat datang ke bintul izzah.... masih dalam proses pembaikian lagi. harap banyak bersabar. terima kasih..