Photobucket

Tuesday, March 31, 2009

SuAra SeoranG Lelaki


RATUKU...
inginku luahkan,
apa yang sudah lama ingin ku luahkan,
tentang kebimbangku ini,
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah


RATUKU
kebimbanganku ini masih menebal
apabila kudengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walaupun tanpa relamu


RATUKU
kebimbanganku bertambah lagi
bila ku melihat bunga
yang tak segan silu
melampiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya


RATUKU
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang kulihat hari ini
makin banyak bunga-bunga berguguran..
bagaikan tibanya musim luruh


RATUKU
bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar
yang berlari-lari antara Safa dan Marwa
bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
menanti kekasih di pintu syurga


RATUKU
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah, mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aishah,bukan juga Rabiatul Adawiyah,
wanita suci terpuji
kerana aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah kau sekadar mencontohi
bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melawati pintu-pintu syurga
jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu


RATUKU
esok musim bunga
pasti akan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi
cuma yang ku harapkan ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisab madumu
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
kerana kaulah idaman kalbu


RATUKU
aku bukanlah memandang pada kecantikanmu
walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang kuharapkan
aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan yang bisa buat ku tersenyum lega
kerana aku akan temui ratu yang benar-benar ratu


di hati lelaki bernama kekasih...



dipetik dari videoclip UPM

UJIAN itu kasih sayang Allah..

Dalam meniti titian hidupan itu, kita tak lari dari ujian dan cabaran. Janganlah kita mengeluh ketika menghadapinya. Cubalah berhadapan dengan ujian ini, dengan hati yang sentiasa tenang. Latihlah jiwa kita untuk 'lasak'. 'Lasak' bukan untuk fizikal sahaja, malah, jiwa kita juga perlu lasak. Jiwa yang ada internal force yang kuat, jiwa yang tabah, jiwa yang sentiasa tenang, jiwa yang mampu berhadapan dan sggup mnyahut cabaran ini. Mungkin, kadang-kadang mutiara2 putih jatuh menembah bumi, namun, itu bukan bermakna kita lemah, tapi sekadar untuk mengurangkan bebanan yang ditimpa kepada kita.

Firman Allah Taala;
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)

Kita perlu ingat, ketenangan itu milik hati2 yang beriman. Orang yang banyak menderita, jiwanya perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah S.W.T. Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah hadapinya pasti ada kemenangan yang menanti. Hassan al-Banna pernah berkata, 'kemenangan dan kejayaan itu sedang menanti kita. Walaupun tekanan semakin dasyat dan keras menghimpit kita, tetapi ingatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari pasti akan terbit walaupun masih berpanjangan'.

Firman Allah Taala;
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Klu kita tengok sirah Rasulullah s.a.w. dalam perjuangan menyebarkan dakwah, pelbagai cabaran dan ujian baginda tempuh. Dan kita tengok hasilnya kini, kita boleh hidup dalam syiar Islam. Kita tengok lagi, sahabat-sahabat baginda, Bilal contohnya, beliau diseksa dengan dasyatnya. Batu diletak atas dada beliau, dijemur di padang pasir yang panas. Namun, beliau tetap dengan pendirian beliau, Allah maha Esa. Dan natijahnya, rasulullah s.a.w. mendengar tapak kaki Bilal dlm syurga msa peristiwa isyak-mikraj. Ganjaran syurga yang beliau dapat. keluarga Sumaiyah dibakar. Byk la cth tauladan yg ada...

Ujian itu kasih sayang Allah pada kita, penghapus dosa lalu, menguat jiwa.
Firman Allah taala; "Sesungguhnya Tuhan mengganjarkan mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung". Az-Zumar,10.

Dan kita juga perlu ingatlah,
Firman Allah Taala; “Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

Dan ingatlah, sinar untuk esok masih ada,
Firman Allah Taala;
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

So, dikala kita diuji, banyak2lah ingatkan Allah, jangan bersungut, hadapinya dengan hati yang redha dan bertawakallah pada Allah. Salam Mujahidah
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

Sunday, March 8, 2009

Rasulullah


Assalamualaikum w.b.t. Apa persiapan kita untuk menyambut hari kelahiran kita? kek? jamuan dan hadiah? Macam-macam kan.. Tapi, macam mana kita menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. ye? Sejauh mana kita berselawat kepadanya? Sejauh mana hari kita mengingati Baginda sepanjang kita bernafas ni? Sedalam mana kita memahami dan mengingati sirah rasulullah s.a.w. Sebanyak mana telah kita amalkan sunnah Baginda, seteguhnya mana kita mempertahankan dan memperjuangkan segala kerja Rasulullah s.a.w. siapa kita? di mana kita? ke mana kita?


Ingatkah kita di saat pemergian Rasulullah menuju kepada kekasih Hakiki, Allah Taala, apa perkataan yang keluar dari mulut baginda.. umati, umati, umati... umatku, umatku, umatku... di saat pemergian baginda, baginda masih lagi mengingati kita. Tapi kita? sejauh mana kita mengingati Rasulullah s.a.w. Apakah hadiah yang terbaik yang telah kita hadiahkan pada rasulullah s.a.w. selawat? sunnah? menyambut maulidur rasul? atau kita tak ingat pun kelahiran baginda..


Di mana kita, di saat potret Rasulullah dipermain-mainkan. Di mana kita, di saat sunnah baginda di pertikaikan, dimana kita, di saat jalan dakwah yang baginda perjuangkan ini diumbang- ambing oleh pihak musuh Islam. Di mana kita?... Pernahkah ada dalam hati, terdetik tiba-tiba rasa rindu untuk bertemu baginda, rasa berterima kasih kepada baginda. Rasa bertuah kerana terpilih menjadi umat Baginda. Tanpa baginda, siapa kita? mungkin kita tak akan dapat merasai nikmat islam dan iman.


Tapi, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Kasih sayang Allah dan Rasulullah sentiasa mengalir kepada kita semua. Terserah pada kita, sama ada menyedari atau tidak.. Jadilah kita sebaik-baik umat.. Sanggupkah kita melihat baginda menangis kerana kita dimasukkan ke neraka... Sama-sama kita menjaga diri kita, buat apa yang diperintahkan Allah, meninggalkan dan menjauhi laranganNya, menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Wassalam.

Thursday, March 5, 2009

Fisiologi IZZAH

Assalamualaikum w.b.t. pada mulanya, aku tercari2 nama terbaik, akhirnya buat keputusan nak letak nama BINTUL IZZAH. kenapa ye? Mula2, aku teringat kat family kat kampung, rindu sangat. So, letaklah nama bintul, yang maksudnya anak perempuan. hehe.. kenapa izzah? Izzah membawa maksud kemuliaan.

Pastu, aku terbaca satu buku. Ade satu article yang menceritakan pasal fisiologi Izzah. Fisiologi ni, membawa maksud ilmu yang brkaitan dengan proses yg berlaku di dlm diri individu. Izzah menjadikan individu tu semakin komited dengan Islam. Yang mana, komitmen yg tinggi ni, menyebabkan kita berpegang teguh dengan agama dlm setiap keadaan. Apa yang menariknya, benda ni mnyebabkan kita jadi lebih sihat dan segar.

Mengikut kajian american national institute of health research, 75 peratus drp kajian semasa yg ada kaitan antara agama dan kesihatan menunjukkan agama dan ibadah mendatangkan kesan positif pada kesihatan.

Satu lagi kajian sains menunjukkan bhw mereka yg berpegang teguh pd agama mempunyai hormon interleukin-6 yg tinggi dlm darah. Hormon ni bfungsi mningkatkan sistem daya tahan diri. yang mana adalah sistem pertahanan yg terdpt dlm badan. Ia mampu nk cegah serangan kuman di dalam badan. So, mmg xslh la, aku pilih bintul izzah... alhamdulillah.
Wassalam.

Wednesday, March 4, 2009

di ManA keBErkatAn ILmu?

Assalamualaikum w.b.t, tadi masa dlm kelas, agak tersentuh dengan nasihat dan teguran seorang lecturer. Dia baik sangat. Aku memang respect kat dia, hormat macam hormat kat abah. Tadi dia cakap, student ni ade 2 masalah besar. Satu memang sifat malas yg ada dlm diri masing2. Kedua sifat mudah putus asa. Dia nasihat, klu gagal skali, jgn cpt mudah putus asa. cuba lagi.. Aku kagum dgn dia, walaupun dia sedih dgn sglintir student yg slalu ponteng kuliah dia. Meskipun dia sedih, tapi dia masih bersemangat mengajar, masih lagi mampu senyum, masih lagi mampu mengceriakan suasana belajar.. Dia ckp lg, tinggal kuliah ni, mmg satu kerugian yg besar.



Di mana sebenarnya keberkatan ilmu itu ye? Aku sedih la, sebab lecturer sedih sebab sikap segelintir student, datang lewat la,ponteng la.. macam2 kerenah. Tapi hairannya, walaupun xdtg kelas, tpi result dapat gempak.. Mgkin study kat bilik kut.. yg dtg kuliah pun, belum tentu faham.. Tu la yg biase kita dengarkan.. Tapi sayangnya, nikmat belajar, mungkin diorang xdpt rasa... Sebenarnya, faham ke, tak faham ke, tu ketentuan Allah, at least kita ada niat dan usaha dtg kelas utk belajar.. Cari keberkatan ilmu.. satu kerugian jika kita study sampai larut malam, hinggakan terlepas kuliah esokannya, sebab bangun lewat. Subuh entah ke mana, kuliah pun entah mana... Moga2 kita semua berubah setapak ke hadapan. Sama2 kita memajukan diri.

Wassalam.

Tuesday, March 3, 2009

HaKiKaT KecEmERlangAN haKikI..

Assalamualaikum w.b.t. pernahkan tak baca buku TIPS-TIPS CEMERLANG DARIPADA QURAN, yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal. Buku ni diterbitkan pd 2006 lagi, tpi baru kini berpeluang baca buku ni. Memang menarik.. buku ni ada 36 tip untuk cemerlang, yang mana dibahagi kpd 3 bahagian.

Bahagian pertama dalam kategori asas atau pokok kepada kecemerlangan. Klu dikaitkan dgn ilmu kejuruteraan awam ckit, focus pada sebuah rumah, macam pembahagian rumah, cthnya bilik, dapur, ruang tamu. Bahagian asas dalam mereka sebuah rumah. Bahagian kedua, tip-tip mengukuhkan tip-tip asas. Klu dikaiskan dengan sistem air dan pendawaian elektrik bagi sesebuah rumah. Dan bahagian last skali, tip-tip untuk mencantikkan dan melengkapkan tip2 sebelumnya.. Klu dlm rumah tu, boleh la dikiaskan dengan perkakas serta perabot.

Sebelum pergi jauh terokai buku ni, elok la kita faham betul-betul hakikat Kecemerlangan Hakiki. melalui firman Allah Taala;

".. sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur)." ( surah al- imran, 185)

Klu kita tengok dunia sekarang, berapa ramai mereka yang cemerlang dalam bidang masing2, sama ada bidang akademik, kerjaya, sukan, hatta hiburan, itu semua hanya kecemerlangan jangka pendek, yang berbentuk sementara. Klu kita selidiki lagi, berapa ramai mereka yang cemerlang terbabit dalam benda yang tak bermoral. Terlibat dalam dadah,maksiat, rasuah, dan banyak lagi. Ke mana hilangnya keberkatan ilmu di dada mereka ye?

mm.. Betul la, kadangkala kecemerlangan dunia ni boleh memperdayakan manusia. Klu kita tgk cth sirah lepas, contohnya Qarun. Dia terpedaya dengan kekayaan dan harta benda sehingga akhirnya mendapat kutukan dari Allah. Tak takut ke kita ye? Kecemerlangan yang kita dapat selama ni, merupakan satu nikmat pada asalnya, tapi boleh menjadi satu ujian kat kita. Adakah kita menggunakan nikmat kecemerlangan itu sebaik mungkin, pada jalan yang betul?

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya,..." (surah al-Mulk, 2)

"Maka sesuatu apa yang telah diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman. Dan kepada tuhan mereka bertawakal." ( surah as-Syura, 36)

So, kecemerlangan yg hakiki adalah memasuki syurga yg disediakan Allah. Ini, tak bermakna Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Sebab apa? Sebab, kecemerlangan di dunia juga menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.

"..Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungiilah kami dari azab neraka." ( al- Baqarah, 201)

Oleh sebab syurga milik Allah, nak masuk pun mestilah ikut prosedur2 tertentu. Bukan nak masuk makmal je, yang ade syarat tertentu. Kita seharusnya, sepatutnya untuk untuk mengikut formula Quran, jua hadis untuk mencapai satu kejayaan yang hakiki, cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat. Tapi masih jadi persoalan, kenapa kita umat islam, walaupun sudah ada garis panduan yang disediakan, tapi kenapa kita tak boleh ikut? masih lagi mencari formula lain untuk jdi cemerlang... kenapa ye...?
Wassalam

Monday, March 2, 2009

KeIStImEwaaN wAnItA

Assalamualaikum w.b.t. mmm.. lama rasenye tak buat ape2 kat blog ni. Orang selalu kata, masa itu emas. Tapi sebenarnya, masa tu lebih bernilai dari emAs. Setiap detik, setiap saat, masa yang berlalu tu, kita kena manfaatkan sebaik mungkin. Kita sepatutnya memjaganya lebih rapi dari seperti jaga barang kemas. Bagi perempuan la.. hehe. WANITA, satu anugerah yang tak ternilai pada kita. Pernah jua aku dipersoalkan oleh seseorang, kenapa kita diciptakan sebagai Wanita? Apa kelebihannya... mm.. kenapa ya? kita kena ingat yang Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.. jom kita terokai, keistimewaan seorang yang bergelar Wanita...

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, baginda menjawab: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang salihah (baik) itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang salih.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang ttakut akan Allah s.w.t, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w) di dalam syurga.

6. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila ibu bapa memanggil kamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan walinya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya.”

13. Wanita, apabila melakukan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Setiap wanita yang membantu suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan daripadanya seribu kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakanya 70 orang hamba dengan ikhlas demi membela agama Allah s.w.t. Demikianlah besarnya anugerah Allah kepada para wanita yang taat akan perintah Allah, ajaran rasul-Nya, juga kepada kita

sO, as conclusion, setiap ciptaan Allah itu ada sebab musabab, kelebihan dan hikmah yang tersendiri terhadap penciptaan ini. kita sepatutnya berbangga dan rasa syukur yg tak terhingga pada Ilahi, sebab menjadi seorang yang terpilih untuk dijadikan sebagai seorang yang bergelar seorang WANITA..
Wassalam.