Photobucket

Friday, June 19, 2009

Setelah Sekian Lama...

Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) akhirnya, aku pulang dari kuantan dengan selamat. Setelah sekian lama, aku tak pandu kereta di UMP. Bukan nak mengimbas kembali peristiwa lama. Tapi, semenjak kejadian itu, aku tak pandu kereta hinggalah tadi. Aku dah berjanji tidak akan pandu kereta selain kereta sendiri. Namun, tadi, aku mungkiri janjiku, demi sahabat. Aku mendapat panggilan dari seorang sahabat, supaya menjemput dia di stesen bas kuantan, memandangkan bas tiada untuk pulang ke UMP. Aku cuba contact kakak-kakak yang boleh tolong, tapi semuanya ada kerja yang perlu diselesaikan. Terpaksalah aku memberanikan diri untuk ke Kuantan sendiri, dengan ditemani oleh 2 orang sahabat lain. Demi sahabat katakan…

Kisahnya bermula pada awal semester 2 di UMP. Aku baru pulang dari makmal. Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari seorang kakak, yang mengajak aku untuk pergi ke klinik, memandangkan dia tak tahu memandu kereta. Aku terima tawaran itu tanpa memikir panjang, memandangkan dia baru di UMP. Walaupun, badan aku ketika itu masih keletihan, disebabkan aku baru pulang dari kedah dan tiada masa untuk rehat, memandangkan ada kelas pagi tu. Perjalanan pergi, berjalan lancar. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, aku banyak berzikir dan berdoa, supaya perjalanan ini selamat.

Namun, ketika perjalanan pulang, suatu kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Aku terlanggar motosikal yang dibawa oleh seorang pak cik. Tapi alhamdulillah, pak cik tu hanya cedera ringan di tangan aje, dan motornya rosak di bahagian tayar belakang. Aku ingin membawanya ke hospital, tapi dia cakap tak payah, cuma cedera ringan je. Rasa bersalah dalam diri, hanya Tuhan yang tahu. Pak cik melintas jalan ketika aku tengah laju memandu, memandangkan waktu itu sudah maghrib, dan langit mula nak hujan. Di sebabkan motornya tiada lampu, aku tidak perasan dia melintas jalan. Dan akhirnya… allahukkbar.

Aku? Allahmdulillah, aku dan kakak tak cedera. Alhamdulillah juga, kereta masih boleh dipandu, cuma kereta teruk bahagian hadapan. Sejumlah wang perlu dibayar utuk bayaran repair kereta. Itu aku tidak kisah, semuanya hak Allah. Tapi aku kagum dengan kuasa Allah, walaupun aku seorang yang mudah panic, namun, Allah memberi kekuatan bagiku. Aku masih mampu memandu kereta pulang dengan baik, tanpa menitiskan setitik air mata pun, sehinggalah aku ke sampai ke bilik. Di situ, aku mula lemah dan menangis. Hanya Tuhan yang tahu, perasaan aku masa tu, seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada pak cik dan kakak, aku rasa, aku tidak mampu untuk memaafkan diriku. Tambahan lagi, kakak itu tengah mengandung. Sejak peristiwa itu, aku tidak berani untuk pandu kereta orang.

Kesimpulannya, perasaan takut itu perlu dibendung, bukan dibela dalam diri. Kita perlu menanamkan keyakinan yang tinggi kepada Allah. Ingatlah Allah bersama kita, di mana jua kita berada. Klu itu sudah ditakdirkan berlaku, kita tidak mampu lari, dan perlu terimanya dengan hati yang tenang.
"setiap bencana yang menimpakan di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah." (al-Hadid,22)
Dan setiap kejadian ade hikmatnya. Alhamdulillah, ada hikmat di sebalik aku pohon ptptn untuk semester 2. walaupun pada asalnya, aku berdegil tak nak memohon ptptn. Duit yang asalnya untuk yuran semester 2, terpaksa aku korbankan untuk membayar kereta. Haha… lastly, kita kena ingat semuanya milik Allah. Kita hanya meminjam dariNya. Seandainya benda itu perlu dikorbankan, maka korbankanlah. Dan kita kena yakin, Allah akan mengantikannya dengan yang lebih baik…;-)

DI Mana Tempat Menarik BagiKu



Aku masih ingat soalan seorang sahabatku,' apa yang k.ayu paling suka di UMP?'. Aku tersenyum mendengar soalan tu. Di UMP? Bagi aku, tempat yang paling aku suka ialah masjid. Tidak kira di mana sahaja aku berada, tempat yang paling aku suka kunjung ialah masjid. Di kampung ke,di sekolah ke, tak kiralah kat mana, perkara pertama yang aku cari ialah masjid. Sebab di situ adanya ketenangan yang dicari. Hati menjadi tenang bila berada dalam masjid. Ketenangan lain dari yang lain. Tidak kira masa tu, pemikiran tengah serabut, banyak masalah yang perlu diselesaikan, banyak benda yang perlu difikirkan, namun, bila berada je dalam masjid, subhannallah (maha suci bagi Allah) ketenangan yang susah nak digambarkan merusuk di jiwa ni.

Sebab keduanya, di masjid boleh solat berjemaah. Bukan di bilik, tak boleh sembahyang berjemaah, tapi kiblat di masjid lebih meyakinkan. Di situ, sumber kekuatan aku dapat. Bila bahu menyentuh bahu, aku rasa aku dapat sokongan. Walaupun ketika itu dalam keadaan lemah, tapi dengan solat berjemaah, aku dapat kekuatan balik. Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Masa tu, rasa sayu kepada Ilahi hadir dalam diri, semua sujud menyembah Allah, memuji, mengadu masalah, memohon petolongan dengan Allah. Hanya kita dengan Allah. Banyak yang kita dapat dengan solat berjemaah, selain 27 ganjaran pahala.
Seorang professor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, dalam tubuh badan kita terdapat dua cas eletrik, iaitu positif dan negative. Hasil kajiannya mendapati, hasil sentuhan antara kita dengan ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali keseimbangan cas yang diperlukan dalam tubuh badan kita. Ia berlaku apabila yang berlebihan dalam tubuh kita, sama ada positif ataupun negative, akan dikeluarkan manakala cas yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Sebab ketiga, di masjid juga ukhuwwah (persaudaraan) terbina. Di situ, aku mula mengenai ramai sahabat. Kebahagiaan yang aku dapat di situ. Di masjidlah, kita mula kenal mereka-mereka dari jurusan lain sama ada budak kimia, elektrik, pengurusan projek, computer dan sebagainya. Allahukabar (Allah maha Besar). Dengan kuasanya, kita semua ditemukan di rumahNya. Semoga perhubungan ini mendapat keredhaan Ilahi. InsyaAllah.