Photobucket

Wednesday, August 18, 2010

~pemimpin~

sedikit perkongsian tuk renungan bersama...

surat Hasan al-Basri kpd Umar Abdul Aziz.

Sebaik sahaja diangkat menjadi khalifah, Umar bin Abdul Azizi menulis sepucuk surat kepada Hasan Al- Basri, seorang ulamak yang berwibawa dan hebat ketika itu. dalam surat tersebut baginda meminta pandangan Hasan Al- Basri mengenai soal kepimpinan dan sifat2 seorg pemimpin. permintaan itu ditunaikan dgn beliau menulis sepucuk surat kepada Umar yang berbunyi;

" wahai Amirul Mukminin! sesungguhnya Allah telah menjadikan pemimpin yang adil itu sebagai penahan mana yang condong, tempat berlindung orang yang teraniaya, memperbaiki mana yang rosak, menjadi kekuatan bagi yang lemah, membela orang yang tertindas dan tempat mengadu bagi orang yang ditimpa malang.

pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin, adalah umpama pengembala yang penyayang mengembala unta yang menyayanginya, menghalaunya ke padang ragut yang subur, menjauhi ternakannya dari tebing yang curam, mengawasinya agar tidak dibaham oleh binatang buas, menjaganya supaya tidak mati kesejukan atau kepanasan.

pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin, adalah umpama seorang ayah yang mengawasi anak2nya. dia mengasuh mereka pada waktu kecil dan mendidik meraka ketika besar. selagi si ayah itu masih hidaup, maka segala usahanya adalah demi anak2. manakala setelah dia mati, segala harta peninggalannya adalah untuk mereka.

pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin, adalah umpama seorang ibu yang menyayangi anaknya. dia mengandungkan anak itu dengan penuh keperitan dan melahirkannya dengan penuh kesakitan. pada waktu kecil, anaknya dibelai dan diasuh sehingga matanya tidak lelap kerana menjaga anak itu. jika anaknya sihat dia bersa sukacita. jika anaknya mengadu sakit hatinya gelisah.

pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin, adalalah seperti seorang penjaga aank yatim yang menerima wasiat ayanhnya sebelum wafat. pemimpin yang adil umpama tempat menyimpan barang bagi yang miskin dan yatim. yang kecil diasuhnya dan yang besar diuruskan hal perbelanjaaanya.

pemimpin yang adil wahai Amirul Mukminin, adalah orang yang berdiri di batasan antara Allah dan hambanya. kalam Allah didengarnya, disampaikan kepada rakyat. wajah Allah yang dilihatnya dijelaskan kepada rakyatnya. dia berpegang pada tali Allah lalu dengan itu dia memimpin rakyatnya.

justeru itu wahai Amirul Mukminin, sepanjang tuanku memegang amanah Allah itu, janganlah bertindak seperti seorang khadam yang dipercayai oleh tuannya untuk menjaga harta beliau dan kaum kerabatnya, lalu dimusnahkan segala harta itu. akibatnya tuannya dilantar miskin bersama kaum kerabatnya kerana perbuatan itu.

selain itu, hendaklah tuanku ingat Amirul Mukminin akan kematian dan apa yang berlaku selepas kematian. ingatlah, ketika tuanku menghadapi kematian hanya sedikit yang menjadi pembantu dan tiada siapa yang akan menolong. oleh itu, persiapkanlah bekal untuk mati dan untuk apa yang akan berlaku selepas kematian.

ingatlah wahai Amirul Mukminin, alangkah dahsyatnya nanti ketika isi kubur dibongkar, segala isi dada dikeluarkan dan segala rahsia akan dibongkar, kita akan menyaksikan segala2nya dari sekecil2nya hingga sebesar2 semuanya akan tertulis.
oleh itu wahai Amirul Mukminin, sementara tuanku masih dapat berfikir secara tenang, insaflah sebelum ajal datang, sebelum terhenti segala impian.

Janganlah tuanku diperdaya oleh orang2 yang beroleh kemewahan dunia padahal kemewahan itu adalah di atas kesengsaraan tuanku sendiri. mereka menikmati makanan yang enak di dunia tetapi tuanku kehilangan nikmat di akhirat. usah dipandang dan dipercayai kekuatan nikmat kekuatan tuanku hari ini tetapi ingatlah adakah masih ada kekuatan dan kudrat tuanku nanti, padahal ketika itu tuanku telah terkurung dalam belenggu kematian, berdiri di hadapan Allah di dalam satu majlis yang dihadiri oelah para mealaikat dan roh para anbia' serta rasul. pada ketika itu semua kan sujud ke bumi lantaran hebatnya al-Haiyul Qaiyum, Yang hidup dan Yang Maha Berkuasa.

wahai Amirul Mukminin, meski pun nasihatku ini tidak sehebat orang yang terdahulu, namun kasihku terhadap tuanku tidak pernah surut. justeru itu terimalah surat dan nasihatku ini. Lihatlah ia umpama semangkuk ramuan ubat yang diberikan oleh seorang yang amat mengasihi sahabat yang sakit. walaupun ubat itu begitu pahit, namun dipaksa sehebat itu meminumnya kerana mengharapkan sahabatnya segera sembuh. wassalamualaikum. "

~buku Dialog Ulama Dengan Umarak