Friday, December 31, 2010

Apa nak jadi

apa nak jadi...
apa nak jadi...
(sampai sekarang tak kahwin lagi...)
ops!! tu lagu s.m salim... hee

bukan tu maksud saya.
apa nak jadi dengan dunia sekarang...
gejala sosial yang makin menjadi2..
maksiat berleluasa, hiburan tanpa sempadan, jenayah di sana sini...

adoi.. parah.
aduh.. sakit.
apa nak jadi ni...







siapa yang salah? apakah punca segala permasalah ini?
adakah bermula dengan keluaga @ didikan agama @ pendidikan kat rumah, sekolah? pengaruh rakan2? persekitaran? atau pemerintah?


Allah menganugerahkan akal untuk berfikir...
namun berakal saje tanpa beriman... bak pokok yang tidak berbuah.
beginilah akan jadinya bila mana agama telah dipisahkan dari kehidupan.
Astaghfirullah al-'azim...
Astaghfirullah al-'azim...
Astaghfirullah al-'azim...

ALLAH berfirman:
"Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaannya, sungguh beruntunglah bagi orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya"(surah as-syams;8-10)