Photobucket

Monday, January 25, 2010

bangun subuh

sekadar perkongsian cerita, (nak elak dari tidur lepas subuh sebenarnya), teringat masa alam persekolahan dulu. biase la, sekolah arab, memang ambik banyak subjek. banyak yang kna hafal, kna baca. so, bagi ana waktu yang sesuai tuk hafal-mghafal ni adalah waktu pagi. mula2 nak ajar bangun awal pagi tu memang susah. macam2 usaha ana buat tuk bangun. akhirnya, ana pun mintak bantu emak ana tuk kejutkan ana awal.

so, mula2 tu, emak ana kejut la. hari first tu, ana bangun awal. seterusnya tu, esokan lewat cikit, esokkannye pula lewat lagi. biase la kan, nak buat sampai bangun tu, memg susah. cam2 perasaan datang, sejuk la.. lima minit lagi la.. kejab lagi, kejab lagi.. nak sambung mimpi la.. akhirnya, emak ana pun dah tak kejutkan ana. so, ana pun agak kecewa la, kenapa mak ana tak kejutkan. lewat bangun. ana pun tnya la mak ana, "bakpo tok gerok oghe tadi mok" cba teka apa mak ana jawab?:-/

" lain kali, usaho bangun sendiri, jangan nak gantong kat orang sokmo, jangan nak harap orghe gerok sokmo baru nok bangun, kunci jam, nak tidor tu pasang niat awal, doa kat Allah"

lepas ana pun buat la cam mak suruh. seriusly, mula2 memang payah. jam tu, kadang2 dua,tiga butir kunci. tapi tak bangun2 jgk. huhu... lama2, ana pun dah malas doh nak kunci jam, kunci pun tak bangun jgk. akhirnya, ana pasrah, n ana cabar diri ana masa tu, klu betul2 nak bangun awal, aku kna bangun awal, lawan semua perasaan. and akhirnya, malam tu, ana memang tak kunci jam, jam pun masa tu ana letak luar bilik(sebab masa tu benci tengok jam n masa tu memang tawakal je la). dan akhirnya, esokan tu,alhamdulillah, ana berjaya bangun awal.

*moral: kita kadang2 terlalu bergantung pada orang lain n kebendaan (jam), tapi kita kurang bergantung dengan Allah. bila kita bergantung pada orang lain, kita akan timbul perasaan marah n kecewa, bila dia tak kejutkan kita. so, berdoa dan bergantunglah pada Allah sepenuhnya (tpi kna usaha jgk).

hehe.. k, syukran, setakat tu je pagi ni, wassalam.:)

Sunday, January 17, 2010

Tika KeResahan dan Kebuntuan...

aduh... di saat diri diuji, pelbagai perasaan muncul. sedih, kecewa, marah... masa tu, emosi pun dah tak menentu. pelbagai cara dibuat untuk meringankan penderitaan jiwa. setiap orang, ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah masing2.

ada yang suka makan coklat atau aiskrim, tika kesedihan. namun kemanisan tu, hanya dirasai seketika saja. lepas tu, pemikiran mula dihantui masalah kembali.

ada juga yang suka melayan perasaan sendiri. duduk menyendiri, tidak mahu diganggu. perlukan masa untuk berfikir dan cari penyelesaian. namun, ianya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

ada yang suka meluahkan perasaan, berkongsi masalah dengan sahabat karib. menanyakan pendapat dan nasihat. namun, kadang2 kerahsiaan mungkin akan tergugat.

selain tu, ada yang suka tidur ketika masalah muncul. kebuntuan itu, menyebabkan rasa berat dan perlukan rehat. namun, tidur itu hanya mampu membuatkan kita lupa seketika akan masalah yang terjadi.

ada juga, yang suka menangis. meluahkan segala kesedihan itu dengan tangisan, dengan harapan masalah itu akan gugur sebagai mana air mata itu gugur.

tapi apakah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. bergantung pada diri sendiri. namun, ketahuilah, Allah berfirman:

ketika kesedihan:
"janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"(at-Taubah;40)

ketika kebuntuan untuk buat keputusan:
"Engkaulah pemberi keputusan terbaik"(al-A'raf;89)

ketika dihimpit keseronokan dan kebenaran:
"katakanlah (Muhammad),"tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang2 yang mempunyai akal sihat, agar kamu beruntung"(al-Maidah;100)

ketika mencari penyelesaian:
"sesungguhnya pelindungku adalah Allah yang telah menurunkan kitab(al-Quran)...(al-A'raf;196)

banyak lagi ayat2 suci Al-Quran yang boleh kita fahami dan hayati dalam kehidupan kita. yang mana sebagai pendorong, penenang dan merupakan ubat yang mujarab untuk mencari segala penyelesaian. wallahu'alam.