Photobucket

Friday, June 19, 2009

DI Mana Tempat Menarik BagiKu



Aku masih ingat soalan seorang sahabatku,' apa yang k.ayu paling suka di UMP?'. Aku tersenyum mendengar soalan tu. Di UMP? Bagi aku, tempat yang paling aku suka ialah masjid. Tidak kira di mana sahaja aku berada, tempat yang paling aku suka kunjung ialah masjid. Di kampung ke,di sekolah ke, tak kiralah kat mana, perkara pertama yang aku cari ialah masjid. Sebab di situ adanya ketenangan yang dicari. Hati menjadi tenang bila berada dalam masjid. Ketenangan lain dari yang lain. Tidak kira masa tu, pemikiran tengah serabut, banyak masalah yang perlu diselesaikan, banyak benda yang perlu difikirkan, namun, bila berada je dalam masjid, subhannallah (maha suci bagi Allah) ketenangan yang susah nak digambarkan merusuk di jiwa ni.

Sebab keduanya, di masjid boleh solat berjemaah. Bukan di bilik, tak boleh sembahyang berjemaah, tapi kiblat di masjid lebih meyakinkan. Di situ, sumber kekuatan aku dapat. Bila bahu menyentuh bahu, aku rasa aku dapat sokongan. Walaupun ketika itu dalam keadaan lemah, tapi dengan solat berjemaah, aku dapat kekuatan balik. Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Masa tu, rasa sayu kepada Ilahi hadir dalam diri, semua sujud menyembah Allah, memuji, mengadu masalah, memohon petolongan dengan Allah. Hanya kita dengan Allah. Banyak yang kita dapat dengan solat berjemaah, selain 27 ganjaran pahala.
Seorang professor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, dalam tubuh badan kita terdapat dua cas eletrik, iaitu positif dan negative. Hasil kajiannya mendapati, hasil sentuhan antara kita dengan ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali keseimbangan cas yang diperlukan dalam tubuh badan kita. Ia berlaku apabila yang berlebihan dalam tubuh kita, sama ada positif ataupun negative, akan dikeluarkan manakala cas yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Sebab ketiga, di masjid juga ukhuwwah (persaudaraan) terbina. Di situ, aku mula mengenai ramai sahabat. Kebahagiaan yang aku dapat di situ. Di masjidlah, kita mula kenal mereka-mereka dari jurusan lain sama ada budak kimia, elektrik, pengurusan projek, computer dan sebagainya. Allahukabar (Allah maha Besar). Dengan kuasanya, kita semua ditemukan di rumahNya. Semoga perhubungan ini mendapat keredhaan Ilahi. InsyaAllah.

No comments: