Photobucket

Monday, November 21, 2011

Dia kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

~hijjaz.
p/s: rindunya pada Rasulullah s.a.w

Tuesday, October 25, 2011

Kita ini Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

A. Samad Said

Friday, October 14, 2011

Rintihan seorang hamba

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ya Allah Wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia,
Wahai Tuhan yang Maha Mencipta,
Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan,
Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendaki,
Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu,
dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu,
dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu.
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.
Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan,
kami mohon kepadaMu, ampunkanlah dosa2 kami,
sucikanlah hati kami dari segala dosa,
buangkanlah dari kami sifat2 mazmumah,
hiasilah kami dengan sifat2 mahmudah,
jauhilah kami dari sifat2 golongan munafiq, n fasiq
ikhlaskanlah hati kami dalam apa jua yang kami melakukan,
bimbinglah kami ke jalan kebenaran,
peliharalah kami dari godaan dan fitnah dunia,
lindungilah kami dari segala tipu daya syaitan,
selamatkalah kami dari kekejaman pemerintah yang zalim,
dan berikanlah kepada kami kebahagiaan dunia dan akhirat.
Hanya kepada Engkau kami menyembah,
hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan,
hanya kepada Engkau kami merayu,
hanya kepada Engkai kamu meminta,
Amin Ya Allah.

Tuesday, October 11, 2011

Generasi Muslimat Yang Kita Impikan

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah, ayat 71)

Muslimat adalah sayap kiri perjuangan Islam , demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Suatu sayap yang amat penting posisinya , sehingga Allah swt telah menegaskan di dalam taujihat Quraaninya sebagaimana dalam ayat 71, surah at-taubah.



Muslimah sama sekali tidak boleh memisahkan diri dari gerakan dakwah. Tidak ada sebarang alasan yang munasabah untuk membiarkan muslimah terceruk di dapur berkawan dengan periuk dan kuali manakala di luar sana anak-anak gadis kita dimurtadkan dan diseret ke lembah kehinaan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu para ustazah yang bertudung labuh hanya memandang medan perjuangan ialah di samping keluarga (dan suami tentunya) lantas mengenepikan persoalan ummah yang kian meruncing. Muslimah seharusnya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang da’iah.

Generasi muslimah yang kita cita-citakan ialah generasi yang rela untuk turut membawa obor perjuangan bersama-sama kaum muslimin. Mereka seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut :

1. ILMU DAN THAQOFAH yang bertenaga dan mantap untuk berdepan dengan permasalahan masyarakat. Kita tidak ingin lahirnya generasi yang hanya pandai bercakap dan menjadi pak turut namun kelu apabila berbicara tentang permasalahan yang berkaitan dengan agama. Seorang muslimah sejati yang bercita-cita untuk muncul sebagai da’iah seharusnya menguasai pelbagai cabang ilmu khususnya permasalahan fiqh yang membabitkan golongan wanita. Kekurangan yang dihadapi oleh umat Islam ialah kurangnya pakar-pakar di dalam ilmu-ilmu yang tertentu mengakibatkan pergantungan yang ketara kepada orang lain yang bukan Islam.

2. KEFAHAMAN YANG JITU mengenai selok belok perjuangan dan harakah islamiyyah. Generasi muslimah yang ideal ialah generasi yang dibentuk oleh pentarbiyahan yang berkesan. Bagaimanapun, proses ini bukanlah sesuatu yang mutlak di dalam melahirkan pejuang memandangkan ia adalah satu teori yang baru muncul di abad yang lalu. Namun, teori ini dianggap paling sempurna di dalam melahirkan muslimah yang benar-benar mengetahui apakah tuntutan sebenar mereka di dalam harakah islamiyyah yang akan diceburi. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ramai yang telah melalui proses pentarbiyahan akhirnya layu di medan perjuangan yang sebenar.

3. BERSYAKHSIYYAH DAN BERAKHLAK yang mampu menarik minat dan kecenderungan orang lain kepada dakwah. Seorang muslimah adalah umpama bunga yang berkembang mekar. Keindahan bunga tidak mungkin akan lengkap seandainya baunya tidak enak untuk dihidu. Akhlak itulah umpama bau bagi sekuntum bunga. Di tengah-tengah kebejatan sosial yang melanda umat remaja hari ini, alangkah baiknya jikalau muncul generasi muslimah yang benar-benar iltizam dengan syakhsiyyah islamiyyah. Bertudung labuh dan berjubah menjadi uniform bagi generasi muslimah yang ideal.

4. SEMANGAT DAN ISTIQOMAH yang bersemarak di dalam jiwa generasi pejuang perlu dibentuk agar setiap usaha yang dilakukan tidak layu di pertengahan jalan. Sesungguhnya sudah ramai sebelum kita yang mempunyai bakat yang hebat dan ilmu yang mantap namun akhirnya gugur di pertengahan jalan. Golongan mutasaqitun seperti ini terlalu ramai, malah kita sendiri pun tidak boleh mendabik dada mendakwa bahawa kita pasti akan selamat. Jalan yang terbaik ialah sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT agar ditetapkan iman kita selepas kita menerima hidayah (Ali-Imran, ayat 8)



5. IKHLAS di dalam apa jua gerak kerja perjuangan kerana inilah yang menjamin para muslimah untuk mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. namun, kita mestilah memiliki hati yang benar-benar suci. yang mana kita perlu melalui proses pembersihan hati. rawatlah hati dari segala penyakit2 hati.

sama2 kita berusaha menjadi muslimat mukminat harapan dunia. wallahu'alam.

10 PERKARA SIA-SIA

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.


2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

SURAT BUAT PEMUDA ISLAM - kaum hawa.

Pemuda islam dulu mati syahid dalam
peperangan menegakkan islam
Pemuda islam sekarang mati katak
dalam perlumbaan haram

Pemuda islam dulu hafal Al-Quran
Pemuda islam sekarang hafal not muzik

Pemuda islam dulu hafal beribu Hadis
Pemuda islam sekarang hafal beribu lagu

Pemuda islam dulu banyak ilmunya
Pemuda islam sekarang banyak helahnya

Pemuda islam dulu bunuh ramai kafir dalam peperangan Badar
Pemuda islam sekarang bunuh ramai anak haram

Pemuda islam dulu berjalan beribu batu mencari ilmu Agama
Pemuda islam sekarang merantau ke Ibu Kota mencari hiburan

Pemuda islam dulu berhabis duit berinfak kerana ALLAH
Pemuda islam sekarang berhabis duit untuk hiburan dan pelacuran kerana Setan

Pemuda islam dulu kuat tauhidnya
Pemuda islam sekarang kuat belitnya

Pemuda islam dulu kuat imannya
Pemuda islam sekarang kuat mainnya

Tak semua pemuda islam sekarang yang leka
Ini bukan mengata
Tapi perlu di teliti

Tapi
Pemuda islam dulu dan sekarang
Ada persamaannya yang nyata
Persamaan yang ketara
Yang sama
Mereka adalah
PEMUDA ISLAM
Fikir-fikirlah wahai pemuda islam sekarang

Maafkan kami kaum Hawa
Andaikata kami menjadi penyebabnya
akan kelekaan, kelalaian, kelemahan kaum Adam
Namun ketahuilah wahai Kaum Adam,
kami berusaha untuk menyelamatkan n menyedarkan kaum hawa di luar sana
Supaya sedar dan berusaha untuk mencontohi Idola Mukminat Sejati
Seindah, semulia Siti Khadijah, Aisyah, Fathimah, Asiah, Maryam, Sumaiyah, Khaulah.

Kami juga berharap kaum Adam
Berusahalah mencontohi Insan agung, Rasulullah s.a.w.
Selembut Abu Bakar, setegas umar Al-Khatab
Sehebat Sultan al-Fateh
Sekuat Salahuddin AL-Ayubi
Kuat jiwanya, teguhnya Imannya
Dalam ilmu agamanya.

Kecintaannya kepada Allah dan Rasul, serta agama tercipta ISLAM
Melebihi kecintaaan kepada kaum hawa, kaum kerabat, harta keduniaan.
Dan Jiwanya tidak mudah rapuh dengan godaan wanita dan keduniaan.
wallahu'alam

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan datang lagi

Ramadhan datang lagi.Rindu kian terubat. moga ramadhan kali ini terbaek dari sebelum ini.akan ku anggap ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir buatku. akan ku manfaatkan sedetik, sesaat, masa2 ini dengan sebaik mungkin. jangan sia2kan peluang sihat, iman n islam yang kita miliki. moga diriku, keluargaku serta kenalanku dipilih olehMU YA ALLAH menjadi hamba2MU yang soleh. terimalah amalan2ku.aku ingin menjadi hambaMU yang bersyukur.

Sunday, June 5, 2011

Didiklah Si Kecil Dari Awal.

hmm kali ni, nak kongsi satu pengalaman shopping satu petang di sebuah pusat bandar. sedang yang lain sibuk memilih barang, aku ambik keputusan untuk bayar dulu. penat pusing2 bagunan 3 tingkat, semua kawasan aku ronda. adalah beberapa barang aku beli. masa nak bayar, baru sedar yang hari ni hari sabtu. so, no plastic bag. huhu... xpe. aku pun beli la paper bag yang disediakan tu. xde papepun nak bagitau, juz nak berkempen, lets save the world. say love for green. hee...



dipendekkan cerita, waktu asar dah masuk. sementara tunggu yang lain tengah membeli belah lagi, aku pergi sembahyang dulu. takut nanti berebut. sampai2 kat surau tu, memang dah penuh ruangan sembahyang. kena tunggu giliran tu sembahyang. masa tu, ada sorang adik tengah tunggu mak dye solat. adalah dalam umur 5 tahun. ada lagi, aku ambik peluang berborak mesra dengan adik tu. seronok jugak melayan kerenah budak2 ni. walaupun kadang2, penat pihak kita untuk menjawab soalan. almaklumlah, budak2, banyak benda nak cerita, banyak benda nak tahu. kite layan je la....

adik : mak saya sakit kaki. terjatuh. camne ntah nak solat, boleh ke solat duduk?

adik tu memulakan bicara. aku tersenyum bila mendengar adik tu berceroteh. sambil tu ku tengok emak dye baru nak mulakan solat. emak dye sembahyang cam biasa. sembahyang berdiri tegak. 'mungkin sakit kaki cikit je kut'. bisik aku dalam hati.

aku : adik tak solat ke?

adik : tak, saya kecik lagi. tak perlu solat. nanti dah besar baru kena solat.

Aku tersenyum lagi mendengarnya.

aku : adik berapa tahun?

adik : 5 tahun.

sambung adik tu lagi.
adik : kat sini ada jual minuman yang tak boleh minum.

aku mendiamkan diri. menunggu adik itu menyambung ceritanya.

adik : kita tak boleh minum sebab tak halal.

baru aku mengerti maksud adik tadi. arak rupanya yang dimaksudkan adik tadi.

aku : kenapa kita tak boleh minum?

adik : sebab minuman tu diperbuat dari anggur. tapi dipijak2 dengan kaki.

adik ni ada pengetahuan basic nampaknya. bisik aku.

aku : air anggur boleh minum, cuma kita tidak boleh minum sebab minuman itu haram. kenapa haram? sebab minuman tu boleh memabukkan. aku teringat ceramah yang aku join satu ketika dulu, ketika kes sebat peminum arak hangat diwar2kan ketika itu.

Disebutkan dalam kaedah Fiqh :-

الحكم يدور مع علته وجودا وعدما

Ertinya : Hukum (dalam Fiqh Islam) itu berpusing (mengikut) 'illah nya, jika terdapat illahnya maka hukumnya juga ada, jika ‘illah tu tiada maka hukum juga tiada. (‘Ianah At-Tolibin, 2/290 ; Nihayatul Muhtaj, 3/292 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 24/159)


CONTOH MUDAH, ARAK.

‘Illah pengharaman arak adalah mabuk. Manakala hikmah disebalik pengharamannya arak yang memabukkan ini adalah untuk menjaga aqal manusia.

Justeru itu, semua benda yang memabukkan minda apabila diminum atau makan (bukan dengan tujuan perubatan - ia punyai perbincangan lain) adalah dikira arak yang haram. Apabila minuman dan makana itu tidak memabukkan sama ada banyak atau sedikitnya, ia bukanlah arak dan tidaklah haram. - sumber zaharuddin.net.

adik : ooo...

aku dah bersedia nak solat, ada sorang baru selesai solat. ketika tu, kain telekong sembahyang semua sedang digunakan. aku ambik keputusan untuk sembahyang terus menggunakan pakaian yang aku pakai.hanya perlu tukar stoking bersih je.nasib baek baru beli.

adik : kenapa tak pakai kain telekong sembahyang?

aku : takpe, yang penting tutup aurat dan pakaian bersih.





adik : apa itu aurat?

aku : aurat ialah kita kena menutup seluruh anggota kecuali tapak tangan dan muka dari dipamerkan kepada orang bukan muhrim kita.




"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)


Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti. - sumber zaharuddin.net

adik tu mengangguk faham dan terdiam seketika. ketika tu, aku dah mengambil tempat untuk solat. masih sempat aku mendengar perbualan adik itu dengan emaknya, yang baru siap sembahyang.

adik : betul ke aurat kita seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka?

emak adik tu menjawab persoalan adik tu,satu per satu, dengan penuh sabar. aku tersenyum seketika dan tenggelam bila mana mengangkat takbirratul ihram.

apapun, didiklah anak dari kecil. bagilah kefahaman islam secukupnya. jangan kita harapkan guru2 di sekolah je untuk memberi didikan atau ilmu pada anak2 kita. tapi mulakanlah didikan dari rumah. sayangilah anak2 dengan memberi didikan yang sempurna. didiklah mereka solat dari awal. didiklah mereka untuk baca al-Quran. didiklah mereka perkara2 fardhu ain. bukannye menunjukkan kasih sayang kepada mereka dengan kebendaan dan kemewahan.



diri kita bakal membina sebuah keluarga. keluarga kita bakal menggambarkan masyarakat kita, masyarakat kita bakal menentukan imej negara kita. oleh itu, ayuh muda- mudi sekalian, perbaiki diri kita ke arah peribadi muslim, demi membina sebuah negara islam, daulah islamiyyah.



wallahu'alam

Indahnya Usrah

lamanya tak menulis. ingin pula nak mengisi masa keje (praktikal)ni.tengah takde keje sekarang.apa lagi, melancong la kejenya sekarang, ziarah blog2 orang. hee...

dua tiga hari ni, aku selalu teringatkan detik2 manis berusrah. mana tidaknya, sepanjang praktikal ni, takde lagi usrah yang aku join. dengar ceramah tu ada, cuma usrah tu xde lagi. usrah lain, ceramah lain. dua2 pengisian hati, makanan ruhiyyah, tapi ada kelainannya. mungkin pendekatannya yang lain. klu ceramah, biasenye umum, untuk ramai, tapi usrah untuk kelompok kecik ye. ada rancang, tapi tak berjalan lagi. seronok berusrah. betul. rasa kemanisan berukhuwah. klu tak pernah rasa, try cari team untuk berusrah.



Apa itu Usrah?
Dalam usrah, akan ada naqib/ah yang memain peranan dalam sesebuah kumpulan. kejab sebelum tu, fahamkan usrah tu apa? usrah tu maksudnya keluarga. permulaan usrah ni, boleh kita baca dalam sirah Rasulullah s.a.w. yang mana bermula di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. mungkin boleh baca secara dengan lebih lanjut dalam buku2 sirah Rasulullah. Dalam usrah, ada tiga rukun usrah.

Pertama, taaruf, iaitu saling kenal mengenali antara satu sama lain. bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. macam mana nak cinta, nak kasih, klu kita tidak saling kenal mengenali antara satu sama lain.

"sebenarnya orang2 yang beriman itu adalah bersaudara"- Al-Hujurat; 10

"Seorang mu'min dengan seorang mu'min yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain." - HR Bukhari & Muslim

keduanya,tafahum iaitu sefahaman. yang mana membuatkan satu sikap, satu tindakan hasil daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jama’ah dan disusuli dengan nasihat menasihati di antara satu sama lain.

ketiga, takaful iaitu saling bantu- membantu, dengan kata lain ialah setiap anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan intisari dari ukhuwwah yang murni.

"Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepadanya selain daripada syurga."- hadis

banyak lagi klu nak pasal usrah ni, adab2 dalam usrah, matlamat usrah dan banyak lagi. cuma tengahri ni, aku nak kongsi cikit sedikit pengalaman2 yang lepas. seronok berusrah. seronok, seronok, serooonoook!!!

Apa Ada dengan Usrah?
Dengan usrah, kita mengenali Pencipta yang Maha Agung, kita berdiskusi ilmu agama, bincang pasal isu2 semasa, berkongsi pendapat, saling nasihat- menasihati, saling ingat- memperingati, saling kasih - mengasihi,dan banyak lagi. manisnya usrah.

Menarikkah Usrah?
menarik. usrah ni, tak rigid ada satu tempat je. kite kena pelbagaikan method untuk berusrah. kadang2 pergi berkelah bersama, makan malam bersama, jalan2 bersama2, bersukan bersama2 dan sebagainya. sambil2 tu, bagi la pengisian. tu pun dipanggil usrah. hiburan ada, makanan ruhani pun ada. seronok. dalam usrah tu, buat la aktiviti menarik, macam main kuiz ke, sambut besday ke dan hmmm boleh pk sendiri.


ni, salah satu tempat yang pernah pergi dengan kak naqibahku.



berusrah dengan sabahat2ku



makanan yang selalu di order kat kedai makan



basahkan tekak, selepas banyak berbicara.



makan kek bersama2... yammiey...

hmm.. rindunya usrah. seronoknye berusrah. indahnya berusrah. nanti didiklah anak2 dan keluarga untuk berusrah pulak.



wallahu'alam.

Tuesday, May 24, 2011

Wasiat Sultan Osman Gazi kepada anaknya.

“Wahai anakku, janganlah sekali-kali kamu menyibukkan diri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah Tuhan semesta alam. Jika kamu menghadapi sebarang kesulitan di dalam pemerintahan, maka bermesyuaratlah kamu dengan pada Ulama’ untuk mencari jalan penyelesaian”

“Wahai anakku, rendahkanlah dirimu dengan kemuliaan kepada orang-orang yang mentaatimu serta peliharalah kebajikan tenteramu. Janganlah sekali-kali kamu diperdayakan oleh Syaitan dengan (kekuatan) tentera dan hartamu. Dan janganlah kamu sekali-kali menjauhkan diri daripada Ahli Syariah…”

“Wahai anakku, sesungguhnya kamu mengetahui bahawa matlamat kita adalah keredhaan Allah Tuhan semesta alam. Sesungguhnya jihad itu menyebarkan cahaya sinaran agama kita ke segenap penjuru. Dengan demikian itulah terhasilnya Mardhatillah Jalla Jalaaluh…”

“Wahai anakku, kita bukanlah dari kalangan mereka yang berperang kerana syahwat mahukan kuasa atau menawan manusia. Sesungguhnya kita ini hidup dengan Islam dan dengan Islam jualah kita mati. Dan hakikat inilah wahai anakku, kamu itu adalah ahlinya!”


- wasiat Sultan Osman Gazi kepada anaknya Orhan.Kira-kira 50 tahun selepas kejatuhan Khilafah Abbasiyyah iaitu pada tahun 1258M / 656H, Osman Gazi mengasaskan Kerajaan Uthmaniyyah di Bursa.

Tuesday, February 8, 2011

Munajat Seorang Hamba

Di kala malam yang sunyi sepi
Sedang bani insan tenggelam
Dalam tidur dan mimpi
Musafir yang malang ini
Tersentak bangun pergi membasuh diri
Untuk menghadapMU Tuhan

Lemah lutut berdiri di hadapanMU
Sedu-sedan tangisku keharuan
Hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh di bawah duli kebesaranMU

Tuhan
Hamba tidak tahu pasti
Bagaimana penerimaanMU
Di kala mendengar pengaduan hamba
Yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan
Dan sudi memberi keampunan

Dan Muhammad RasulMU yang mulia itu
Pernah bersabda:
"Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan"
Hamba percaya pada tutur kepastian itu

Sebab itu hamba datang, wahai Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma mengadi padaMU
Tempat hamba kembali nanti
Memohon sakinah
Maghfirah dan Muthmainnah

~Rintihan Imam Bukhari~