Photobucket

Saturday, December 26, 2009

Belajar Dari Kesilapan


Aku pasrah segalanya
Aku terima seadanya
Aku redha akannya


Alhamdulillah
Aku bersyukur padaNya
nak kata sedih, tak sedih..
nak kata kecewa, ada la cikit..
mungkin tiada perasaan adalah yang lebih sesuai


Pertanyaan telah dilontarkan
Nasihat dan teguran telah diresap
Masa lalu dipandang dan dianalisis
Diskusi ilmu telah diatur
Muhasabah diri kian meningkat
Dan jawapan semuanya telah ditemui


Kini...
langkah perlu tetap mara ke hadapan
setelah aturan langkah telah dicorakkan
mencari sinar yang masih belum pasti
namun ku yakin pada-NYA

Friday, December 25, 2009

Salam Maal Hijrah

Salam MaalHijrah.


setiap perjuangan, mesti ada yang perlu
ditinggalkan...
dikorbankan...
dilupakan...
demi mencapai bintang kejora di langit tinggi.

Namun, kadang2, ini tidak bererti, kita tidak boleh menoleh ke belakang. sebab dengan memori lalu, kita perlu mengkaji demi melakukan pembaharuan, perubahan, dan jua PENGHIJRAHAN.

“ Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah diberikanNya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui” ( al-Anfal;53)


*hidup ini satu perjuangan. ubah dan perbaiki apa yang perlu dibaiki.. tingkatkan prestasi. Langkah ini KeranaMU...

Kepercayaan

Alhamdulillah atas segala nikmat2MU ya Allah…


masa mula2 beli kereta, diriku membantah tidak setuju. Rupa2nya, kereta tu untuk kegunaan anak perempuan. Mak tak kasi anak perempuan naik motor. Patutlah mok tak kasi ambik lesen motor dulu. Bahaya katanya. Allah ni Maha Pemurah. Semuanya ada hikmah.

After SPM lagi, mukaku memang payah duk rumah. Sampaikan dapat gelaran ahli mesyuarat tingkap. Ada je program yang ku join. Semuanya best. Dapat ilmu, dapat pengalaman baru, dapat kawan. Dari bercampur dengan golongan muda hinggalah golongan berumur. Antara program yg aku tak dapat lupakan, ialah program di perkampungan orang asli dan menawan puncak gunung stong.

Semua berkat dan rahmat dari Allah. Semua yang ku join, akan ku balik buat laporan. Dan kadang2 kita kena bijak untuk berbicara. Ada benda kita boleh bagitau, dan ada benda kita kena simpan. Bukan sorok, tapi belum tiba masanya untuk share. Gambar2 tempat yang ku pergi, memperkukuhkan kepercayaan mak abah kepadaku.

Lagi satu, ku suka bawa balik sahabat2 ke rumah. So, mereka tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Kini, aku tiada masalah untuk bergerak, untuk berprogram, bebas buat apa je. Alhamdulillah…=)

Apapun, bilalah kepercayaan ketika kita bersama ibu bapa. Namun, jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan mereka kepada kita. Berbaktilah selagi ada peluang. Manfaatkan masa cuti ni sebaik mungkin.

*berani untuk mencabar diri. Be ourself. Di mana jua berada, tampilkan keindahan islam kerana Islam itu Indah.

Sunday, October 25, 2009

Tidak semudah itu...

Entah, no komen yang boleh ku berikan. Hati dan perasaan bukan senang dijaga. Cinta, kasih, kahwin? tidak semudah itu kuserahkan pada sesiapa. Hatiku milik Allah. Mohonlah padanya. Tak mahu ku fikirkan bab2 ni lagi. Biar Dia yang menentukan. Jika tiba masanya, ku terima segala perancangan dariNya. Cuma yang ku harapkan hatinya juga milik Allah. Biarlah, ikatan yang dibina nanti, menambahkan ketaqwaanku kepadaNya. Menundukkan lagi ku kepadaNya. Menambahkan rasa rindu untuk berjumpa denganNya. Mengingatkan diriku kepadaNya. Membantu ku untuk capai Cinta Hakiki, walaupun mungkin sukar untukku bergelar KekasihMu.. Namun, akan ku usahakan untuk mendekatkan diri denganMu. Walaupun ku sedar, hanya hanya insan yang kerdil disisiMU.

jambatan...


Ini hasil ciptaan groupku yang kedua. yang pertama water tower,yang ambik masa 2 hari untuk ciapkan. Bagi jambatan kali ni, ambik masa 5 hari untuk ciapkan. hujung minggu tu, terpaksa korbankan untuk menyertai perkhemahan di cameron highland, semata-mata untuk jambatan ini. Alhamdulillah, jambatan ni,walaupun tak dapat nombor, tapi masih berada di antara 10 jambatan yang mendapat saguhati, dari berpuluh2 jambatan lain. Apa pun, pengalaman dalam menyiapkan jambatan ini, memang tak dapatku lupakan. Tak tidur malam, tertidur di cafe, pening-pening lalat, dapat cegah maksiat dan sebagainya.

Monday, October 12, 2009

ku tetap bersamamu..

untukmu sahabat...

ku mohon ampun,
kerna diriku tak mampu jadi sahabat yang terbaik,

ku mohon ampun,
ku tiada di saat dirimu dalam kesedihan..

ku mohon ampun,
ku tak mampu menjadi pendengar yang baik..

ku mohon ampun,
ku tak berada di sisimu di saat dirimu kehilangan orang tersayang..

tapi, ingin ku ungkapkan..
walaupun ketika itu, kita berjauhan,

namun ingatan, dan doa untukmu tak lenyap...
apa pun, di mana sahaja dirimu berada,

ketahuilah, ku tetap bersamamu..
la tahzan...

Pemergian...


aku dapat panggilan dari adik. aku pelik kenapa lewat malam dapat panggilan ni. "cek xdok doh..." nafas bagaikan berhenti seketika. tiba2 takungan air mula terbentuk, dan mengalir laju, tanpa dapat aku menyekat. 2 perkara bermain dalam kepalaku di saat itu. segala memori2 dgn tok, n bila tiba giliranku...

sahabat2 banyak bagi kata2 salam takziah dan kata2 semangat. namun, aku lebih selesa dan tenang dengan aku mendiamkan diri. bukan melayan perasaan tapi, cuba mengawal diri. sbb, tiada kata2 yang dapat ku ungkapan, selain kata2 dalam hati. biarkanku menyendiri seketika...

segala memori bermain di benakku. segala nasihat, dan kata2 tok, bagaikan rakaman yang berputar sendiri. seharian ku murung. membisu seribu bahasa. keesokkannya, baru aku mula berkata2 dan mampu utk senyum. namun, ingatan sekujur jasad di hadapan masih tak dapatku lupakan. bila agaknya panggilan itu akan menyambutku pula?.. moga dirimu tenang di sana cek....

Friday, October 2, 2009

hatiku kembali berdarah...

Hidup ni tak lari dari bermacam-macam cabaran dan dugaan. bersedia atau tidak, kita kena bersedia untuk tidak bersedia untuk menghadapinya. namun, sejauh mana kita menghadapinya, bergantung kepada kebijaksaan masing-masing..

"setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab sebelum Kami mewujudkannya. sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah" (al-Hadid;22)

setiap orang ada masalah. tapi yang berbeza, pandangan kita pada sesuatu masalah. ada yang pandang masalah itu satu bebanan. masalah itu menyakitkan. masalah itu menyusahkan. tapi sedarkah kita masalah itu adalah satu kasih sayang dari Allah kepada kita.

"atau adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cubaan seperti orang-orang terdahulu sebelum kamu..."

" ...ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" (al-Baqarah;214)

masalah yang datang ni, cuma kita hadapinya dengan kesabaran dan ketenangan. ujian itu bukti yang Allah rindu kepada kita, rindu dengan tangisan kita, rindu dengan rintihan kita, rindu dengan suara kita..

tapi menjadi masalah, bila kita berhadapan dengan masalah, bukannya kita mengadu dengan Allah, tapi mengadu dengan manusia. selalu salahkan orang dan keadaan. semuanya menjadi mangsa. sedangkan, kita tak pernah salahkan diri sendiri dahulu, sebelum meninding jari kepada orang lain. apa pun, kita perlu muhasabah diri kita.. di mana silapnya, di mana salahnya..

Sunday, September 27, 2009

Aidilfitri kali ini..

apa yang lain raya tahun ni... mmm... bez sangat. dapat jumpa ramai kawan2 sekolah rendah, sekolah menengah, dari ump pun datang. dari matrik, ulu je yang datang. walaupun penat, tapi seronok. dah lama tak jumpa. yang study di jepun pun balik, jumpa bakal2 doktor, bakal2 engineer, farmasi, dan bakal ayah pun ada. ramai jgk yang kahwin ye. baru tahu... huhu...

dalam kegembiraan tu, dapat satu berita, seorg shbt matrik dulu sakit tenat. sedih sangat.. dia baik, juruh, comel, rajin, sentiasa bersemangat. 50-50 dah. takut sanagt kehilangan dia. agak terkilan, sebab tak dapat jumpa dia di aidilfitri kali ni. kali terakhir jumpa masa program. semoga dibukakan ruang untukku bertemu dgnnya kembali.. ku doakan semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ni..

apa pun, terima kasih pada semua yang hadir... salam aidilfitri diucapkan. maaf atas segala kekurangan dan kesilapan yang lalu.. tahun depan, klu panjang umur, kita jumpa lagi..

Tuesday, September 8, 2009

Ini semua Satu Latihan

Penat? letih?... asyik bersungut, buat muka, kena marah cikit dah nak nangis. Kata bersedia pikul amanah, tanggungjawab. Kata nak cabar diri. Takkan setakat tu je kut yang mampu. Tak power la klu camtu. Jauh lagi la, klu nak jadi superpower. huhu..'

Takpe, semua ni latihan. Mulakan cikit2.. Tingkatkan prestasi, jgn tiada perubahan langsung. Biar apa orang nak kata, tapi yang penting, be ourself. Kadang2, kata kritikan tu penting juga, as a mencabar diri, pembakar semangat, teguran untuk kita. Memang pedih untuk telan. Tapi yang pahit itu, penawar sebenarnya. Banyak lagi yang perlu belajar... Kuatkan semangat..

Wednesday, August 19, 2009

Apa nasib dua orang lagi...

Susulan dari horlick 1, nescafe 1( H1N1)...

Dua roomateku telah ditawan. huhu.. Sedih rasanya, tak tau nak kata. Makan pun tak lalu.. juz beli satu bungkus nasi, dan share untuk dua orang. Tu pun kadang-kadang tak abih. huhu.. bila dyorang nak kembali ni?.. sedih la. Setiap pagi petang call, tanya [erkembangan suhu badan. Moga2 mereka cepat sembuh...

Setiap hari dapat pesanan dari sahabat2 lain, "jaga kesihatan'. setiap kali jumpa, mesti tanya, "chat tak ni?" takut deman... bagus la mereka. Semuanya prihatin.. Pada asalnya, seorg je yg dikuarentin, tapi bila sorg lagi dikuarantin, kami terpaksa mengambil langkah berjaga2. Lepas je hantar roomateku ke kawasan pesakit yg dikuarantin, kami terus beli air cap badak dan 100 plus. memandangkan cuaca yang semakin panas. huhu... selain berdoa, semua antivirus kami gunakan tak kira avira k, kapersky k, ape2 je la... Moga2 kami terselamat.

So di cini, marilah kita bermuhasabah diri, mengingati dosa2 lalu, banyakkan istighfar, selawat syifa', solat taubat dan mengingati mati. Moga2 kita semua dijauhi wabak itu. Wallahu'alam.

Sunday, August 9, 2009

Horlick 1, Nescafe 1...

Bila difikir2kan, ada positif dan ada negatif dari H1N1 ni.. mula2 tu seronok jgk, bila diumum cuti, ade peluang balik rumah. Bez.. peluang tuk rest sepuasnya. Balik2 je, dijamu dgn buah2 yg banyak, sampai tak termakan. Alhamdulillah, hikmah disebalik cuti ni, dapat balik kampung.

Balik j kampus, mula la kelam-kabut, byk kerja kena settle. Dgn kelas gantinya, dgn kerja lain nye, dgn nak testnye.. mmm.. semua jadi bertindih. Semua plan, kena ubah. Terpaksa atur back up plan. Direnung kembali.. ni lah, masa nak belajar atasi semuanya.

Kenapa disebabkan satu penyakit, kebanyakan institusi pendidikan terpaksa tutup seketika. bahaya? klu ikutkan bahaya, boleh berjangkit, boleh membawa maut.. di mana saja bahaya. Di mana saja berada, boleh berhadapan dgn maut. Klu dah ditakdirkan kita mati dgn H1N1, kat kampus ke, kat rumah ke... mmg tak boleh elak lagi. Disebabkan satu penyakit, kita semua takut nak ke kelas, takut utk semuanya...

"adik belajar katne" tanya seorang pak cik
"kat kuantan, kene balik sebab tutup"aku menjawab
"sebab horlick 1, nescafe 1 ke? "pak cik buat tekaan
"ah? pe tu?.. ku tak mengerti
"h1n1"... putih s0, keruh s0... ulas pak cik tu.

Tercuit hati aku mendengar ulasan pak cik tu. Direnung kembali, betul jgk. Horlick untuk positifnye dan nescafe utk negatif. Semuanya ade hikmah.. Dan semuanya dah disusun atur dari awal lagi. Dan kita tak mampu lari dari semuanya, dan terpaksa menghadapinya jua..

"Setiap bencana yg menimpa di bumi dan yg menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudnya. Sungguh, yg demikian itu mudah bagi Allah" (al- Hadid; 22)

Apa pun, kita kena bersyukur atas semuanya. Dan sentiasa mencari hikmah disebaliknya. Banyak lagi hikmah, sama2 kita fikirkan... Pepun, horlick pun sedap, nescafe pun bez.... hehehe..

Friday, July 24, 2009

Iftar Jamaie...

Alhamdulillah, bez seharian puasa. Walaupun penat, bercampur lapar dan dahaga, namun rase nikmat bile berbuka beramai-ramai dengan sahabat di masjid.. Bez.. makan bersuap, makan dalam talam plak tu... Susah nak gambarkan kebahagiaan tu.. Terubat rase rindu kat famili di kampung.

Sambil2 makan, boleh kenal dengan lebih dekat. Mula2 malu jgk, bile nak suap. Ada yang segan2, tak biase. Makan bersuap ni, teringat plak, mase kecik2 ye. Mak suapkan makan. Berebut dgn abg2, nak makan dulu. Mm.. sambil makan, sambil borak. Borak punya borak, solat berjemaah dah selesai, terpaksa join solat berjemaah round ke2.

Iftar jamaie ni bez... berbuka beramai2.. Rase rugi plak, klu tak join. duduk bersama2.. 5,6 orang satu talam. Bile makanan tak abis, terpaksa memaksakan diri menghabiskannya. Mase tu mula ade ayat2 , " berhenti sebelum kenyang", "tak baik membazir, amalan syaitan"... HDU2 dibuatnya... hehe.. klu kenyang, jdi malas plak nak beribadat, mudah mengantuk. Klu tak abiskan makanan tu, membazir plak. Namun nilai ukhuwwah terbina di situ, akan ada sahabat lain yang akan turut join menghabiskan. Bila makanan dah nak abis, mula la berebut.. masing2 nak dapat suami soleh. Haha... tektik " sapa makan yang last ni, akan dapat suami yang soleh" masing2 berebut utk mnjadi org yang paling last menghabiskan makanan.

Puase ni satu didikan sebenarnya, rasulullah memang menggalakkan kita berpuasa, lebih2 lagi bagi mereka yg merentasi perjalanan mencari keredhaan Allah. Puasa memjadikan kita untuk melatih diri dan membiasakan diri dgn kesulitan. Mengasuh diri dgn menahan diri dari sentiasa menikmati apa yg diingini dan disukai.

Rasullullah s.a.w. bersabda

"Biasakan diri dgn kesusahan sebab nikmat kesenangan hidup tidak kekal selama-lamanya."

" Wahai Aisyah, hendaklah engkau sentiasa mengetuk pintu syurga dengan lapar"

Tuesday, July 21, 2009

Derma darah kali ni..

Kali pertama aku derma darah. Alhamdulillah, setelah sekian lama, aku nak derma, baru kini aku berpeluang untuk derma. huhu... selalu tak lepas. Namun kali ni, aku berjaya melepasi semua syarat2 tu, walaupun hanya atas pagar. Punyalah gembira aku bila lepas, satu kaunter demi kaunter. hehehe...

Namun, derma darah kali ni, cukup mengerunkan. First2 ok lagi, tapi bile nak jalan, kepala mula rase pening. bercampur loya. Abih isi perut ku luahkan. Badan punya la penat, dah tak larat nak jalan, terpaksa aku syahid di surau buat seketika.

Derma darah kali ni juga, menyebabkan, aku terlepas satu kelas. Ish2... memang tak patutkan? ape la aku ni... astaghfirullah al- 'azim.. aku rest je petang tu. Aku call mak. Haha... mak marah. "badan tu dah lah tak cukup darah, ade hati nak derma kat org" Tergelak aku mendengar rungutan mak. Haha.. tak pe la, walaupun pe yang terjadi, namun aku berpuas hati.. sebab, mungkin dengan darahku ini, ,mungkin boleh menyelamatkan satu nyawa seorang insan yang memerlukannya.

Derma darah kali menyebabkan aku menerima banyak nasihat dan teguran dari sahabat. Semuanya prihatin. Terharu aku dibuatnya. Mane taknya, aku baru je lepas demam, ni nak derma darah plak. Dah tu, tidor tak ckup plak, makan kurang. huhu.. " lain kali kalu nak derma darah, jangan makan ye, tak payah tidor langsung malam tu.." Perli seorg sahabat ku. Tak pe, aku terima semuanya dgn hati terbuka, sebab mereka semua IKHLAS dlm persahabatan ni.. Agak sedih ye, bila seorg sahabat mempertikaikan keikhlasan yang kita bagi selama ni. huhu.. biarlah ianya menjadi rahsia.

Monday, July 20, 2009

Di Mana Aku Kini dan Ke Mana Selepas ni?

Alhamdulillah, sudah genap aku 21 tahun. haha... aku sudah tua. Sudah boleh berkuasa buat keputusan sendiri. Dah boleh mengundi. Dah boleh buat tempatan tapak dan beli kain kapan. Terima kasih buat sahabat2 smua atas majlis yang cukup bermakna dalam hidupku, walaupun, sebelum ni, aku dah sambut majlis besday sebulan lebih awal sebelum tu, sekali dengan adik- beradikku yang lain. Tapi majlis kali, memang bermakna walaupun tanpa famili, sebab, aku sambut dengan sahabat2 smua. Terima kasih sahabat semua...

Dikaitkan dengan kelahiranku ke alam ini, sebagai khalifah dan sebagai pemakmur di buka bumi ni. Sudah 2 dekat rupanya, aku sudah mengenal dunia ini. Namun, sejauh mane telah aku mendalami agamaku.. sejauh mna aku telah berjasa bagi agamaku, bangsaku, negaraku.. astaghfirullah al-azim, masih banyak kejahilan dalam diri ni. Sedih bila mengenangkan diri yang terlalu daif ini. rumah sudah berkata pergi, kubur sudah kata mari. Tapi... Sejauh mana ye, aku buat persiapan untuk ke alam baru selepas alam dunia ini. wallahu'alam.

Thursday, July 9, 2009

Kenangan Minds..

Bukak ni dah semester 3. Kejab je rase, dah tahun 2. Tinggal 2 tahun lagi. Adik-adik baru mula melangkahkan kaki ke alam university. Selamat datang diucapkan. Kedatangan kali ini,dengan penuh harapan, semangat dan cita-cita untuk berjaya. Masing-masing cbuk dengan mengangkat barang yang banyak. Kesian tengok, tuan punya badan punyalah kecik, angkat barang yang besar. Mak ayah cbuk juga dengan menolong anak. Dari raut wajah mereka, terpahat rasa bangga dengan anaknya, atas kejayaan ini. Walaupun, tersirat jauh di lubuk hati mereka, perasaan sayu kerana terpaksa berpisah sekali lagi dengan anak tercinta, perasaan bimbang sekiranya anaknya lalai kehidupan di sini, juga dengan harapan setinggi gunung supaya kejayaan yang cemerlang yang dibawa balik dari anaknya. Pelbagai nasihat dan pesanan diberikan untuk anak, dengan tangisan kesayuan tika waktu perpisahan itu.

MINDS (Minggu Induksi Siswa) kali ni, mengingatkan kembali masa aku mula-mula masuk UMP dulu. Sedih ade, gembira pun ada. Mak abah tak yah cakap la, gembiranya mereka. Ingat lagi masa majlis solat hajat berserta doa kesyukuran yang dibuatkan semata-mata untukku. Terharu rasanya. Mak masak purut kuning dengan rendang, makan kat madrasah dekat rumah. Ingat lagi, masa tu, mak yang suapkan aku pulut. Hehe… aku tak sentuh langsung pun pulut tu. Makan bersuap… Dah lama rasenya, mak tak suapkan aku, sejak dah besar ni, lebih-lebih lagi, bila masuk asrama. Al-maklumlah, aku ni kan anak manja (walaupun anak ke-3 dan ada 2 adik dibawah)… nak buat macam mana, memang muka aku jarang-jarang duduk kat rumah. Bile lagi nak bermanja. hehe..

Aku terlibat ckit dalam minds kali ni. Aku nak cari seberapa banyak mungkin ilmu, dan belajar apa yang patut aku belajar. Di cini, banyak pengalaman dan teguran serta motivasi yang aku dapat. Di cini juga, aku cuba latih diri aku, untuk menguatkan stamina aku dari segi fizikal dan emosi. Aku nak latih diri aku, macam mana nak kawal emosi tatkala dalam keletihan dan kepenatan. Aku juga nak latih diri, untuk bergaul dengan fasilitator yang lain, lebih-lebih lagi dengan non-muslim tanpa melanggar batas-batas agama, selain membawa misi tertentu . Memang aku akui yang aku ni seorang yang susah nak mesra dengan orang cikit. Selain, latih mendisiplinkan diri sendiri. Banyak di kalangan mereka yang boleh dijadikan contoh tauladan untuk aku. Dari segi keberanian, ketegasan, keyakinan, kreatif dan sebagainya. Aku kagum dengan mereka. Masih segar dalam ingatan aku, kata2 YDP UMP, kita hanya dua pilihan sahaja, sama ada ingin menjadi rajin atau malas, mahasiswa power, atau mahasiswa lesu. tiada pertengahan. Semuanya bermulanya dengan satu titik permulaan.

Ku ucapkan selamat datang untuk adik2. Kenangan yang paling aku tak dapat aku lupakan mase minds ialah bila fasi perempuan agak bengang melihat ramai yang ponteng join taklimat suatu malam tu.. aku naik blok mencari bilik2 yang berpenghuni dan terus mengamuk. haha… bukan mengamuk sangat, juz ketuk pintu bagai nak tercabut pintu dibuat. Hehe.. pucat muka penghuni bilik tu bila buka pintu tu. Tulah kali pertama aku marah masa minds. Lepas je aku mengamuk tu, badan aku terus lemah. Aku terus duduk je, juz tengok fasi2 lain terus mengesan penghuni bilik lain. Di situ, aku baru sedar yang aku lemah bila aku marah, lemah bile tgk org sdg marah org lain, ataupun org marah aku. hehe.. kemarahan satu yang menakutkan. Namun, MINDS kali ni, walaupun penat tapi cukup bermakna bagiku.

Friday, June 19, 2009

Setelah Sekian Lama...

Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) akhirnya, aku pulang dari kuantan dengan selamat. Setelah sekian lama, aku tak pandu kereta di UMP. Bukan nak mengimbas kembali peristiwa lama. Tapi, semenjak kejadian itu, aku tak pandu kereta hinggalah tadi. Aku dah berjanji tidak akan pandu kereta selain kereta sendiri. Namun, tadi, aku mungkiri janjiku, demi sahabat. Aku mendapat panggilan dari seorang sahabat, supaya menjemput dia di stesen bas kuantan, memandangkan bas tiada untuk pulang ke UMP. Aku cuba contact kakak-kakak yang boleh tolong, tapi semuanya ada kerja yang perlu diselesaikan. Terpaksalah aku memberanikan diri untuk ke Kuantan sendiri, dengan ditemani oleh 2 orang sahabat lain. Demi sahabat katakan…

Kisahnya bermula pada awal semester 2 di UMP. Aku baru pulang dari makmal. Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari seorang kakak, yang mengajak aku untuk pergi ke klinik, memandangkan dia tak tahu memandu kereta. Aku terima tawaran itu tanpa memikir panjang, memandangkan dia baru di UMP. Walaupun, badan aku ketika itu masih keletihan, disebabkan aku baru pulang dari kedah dan tiada masa untuk rehat, memandangkan ada kelas pagi tu. Perjalanan pergi, berjalan lancar. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, aku banyak berzikir dan berdoa, supaya perjalanan ini selamat.

Namun, ketika perjalanan pulang, suatu kejadian yang tidak diingini telah berlaku. Aku terlanggar motosikal yang dibawa oleh seorang pak cik. Tapi alhamdulillah, pak cik tu hanya cedera ringan di tangan aje, dan motornya rosak di bahagian tayar belakang. Aku ingin membawanya ke hospital, tapi dia cakap tak payah, cuma cedera ringan je. Rasa bersalah dalam diri, hanya Tuhan yang tahu. Pak cik melintas jalan ketika aku tengah laju memandu, memandangkan waktu itu sudah maghrib, dan langit mula nak hujan. Di sebabkan motornya tiada lampu, aku tidak perasan dia melintas jalan. Dan akhirnya… allahukkbar.

Aku? Allahmdulillah, aku dan kakak tak cedera. Alhamdulillah juga, kereta masih boleh dipandu, cuma kereta teruk bahagian hadapan. Sejumlah wang perlu dibayar utuk bayaran repair kereta. Itu aku tidak kisah, semuanya hak Allah. Tapi aku kagum dengan kuasa Allah, walaupun aku seorang yang mudah panic, namun, Allah memberi kekuatan bagiku. Aku masih mampu memandu kereta pulang dengan baik, tanpa menitiskan setitik air mata pun, sehinggalah aku ke sampai ke bilik. Di situ, aku mula lemah dan menangis. Hanya Tuhan yang tahu, perasaan aku masa tu, seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada pak cik dan kakak, aku rasa, aku tidak mampu untuk memaafkan diriku. Tambahan lagi, kakak itu tengah mengandung. Sejak peristiwa itu, aku tidak berani untuk pandu kereta orang.

Kesimpulannya, perasaan takut itu perlu dibendung, bukan dibela dalam diri. Kita perlu menanamkan keyakinan yang tinggi kepada Allah. Ingatlah Allah bersama kita, di mana jua kita berada. Klu itu sudah ditakdirkan berlaku, kita tidak mampu lari, dan perlu terimanya dengan hati yang tenang.
"setiap bencana yang menimpakan di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah." (al-Hadid,22)
Dan setiap kejadian ade hikmatnya. Alhamdulillah, ada hikmat di sebalik aku pohon ptptn untuk semester 2. walaupun pada asalnya, aku berdegil tak nak memohon ptptn. Duit yang asalnya untuk yuran semester 2, terpaksa aku korbankan untuk membayar kereta. Haha… lastly, kita kena ingat semuanya milik Allah. Kita hanya meminjam dariNya. Seandainya benda itu perlu dikorbankan, maka korbankanlah. Dan kita kena yakin, Allah akan mengantikannya dengan yang lebih baik…;-)

DI Mana Tempat Menarik BagiKu



Aku masih ingat soalan seorang sahabatku,' apa yang k.ayu paling suka di UMP?'. Aku tersenyum mendengar soalan tu. Di UMP? Bagi aku, tempat yang paling aku suka ialah masjid. Tidak kira di mana sahaja aku berada, tempat yang paling aku suka kunjung ialah masjid. Di kampung ke,di sekolah ke, tak kiralah kat mana, perkara pertama yang aku cari ialah masjid. Sebab di situ adanya ketenangan yang dicari. Hati menjadi tenang bila berada dalam masjid. Ketenangan lain dari yang lain. Tidak kira masa tu, pemikiran tengah serabut, banyak masalah yang perlu diselesaikan, banyak benda yang perlu difikirkan, namun, bila berada je dalam masjid, subhannallah (maha suci bagi Allah) ketenangan yang susah nak digambarkan merusuk di jiwa ni.

Sebab keduanya, di masjid boleh solat berjemaah. Bukan di bilik, tak boleh sembahyang berjemaah, tapi kiblat di masjid lebih meyakinkan. Di situ, sumber kekuatan aku dapat. Bila bahu menyentuh bahu, aku rasa aku dapat sokongan. Walaupun ketika itu dalam keadaan lemah, tapi dengan solat berjemaah, aku dapat kekuatan balik. Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Masa tu, rasa sayu kepada Ilahi hadir dalam diri, semua sujud menyembah Allah, memuji, mengadu masalah, memohon petolongan dengan Allah. Hanya kita dengan Allah. Banyak yang kita dapat dengan solat berjemaah, selain 27 ganjaran pahala.
Seorang professor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, dalam tubuh badan kita terdapat dua cas eletrik, iaitu positif dan negative. Hasil kajiannya mendapati, hasil sentuhan antara kita dengan ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali keseimbangan cas yang diperlukan dalam tubuh badan kita. Ia berlaku apabila yang berlebihan dalam tubuh kita, sama ada positif ataupun negative, akan dikeluarkan manakala cas yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Sebab ketiga, di masjid juga ukhuwwah (persaudaraan) terbina. Di situ, aku mula mengenai ramai sahabat. Kebahagiaan yang aku dapat di situ. Di masjidlah, kita mula kenal mereka-mereka dari jurusan lain sama ada budak kimia, elektrik, pengurusan projek, computer dan sebagainya. Allahukabar (Allah maha Besar). Dengan kuasanya, kita semua ditemukan di rumahNya. Semoga perhubungan ini mendapat keredhaan Ilahi. InsyaAllah.

Wednesday, April 15, 2009

sALAm keMAAFan buat semua...

Assalamualaikum...
Masa berlalu bgitu pntas, pjam clik-pjam clik, dah nk final.. Hanya Tuhan yang tahu debaran hati ni.. mmg saat yg mnakutkan la.. Alhamdulillah, ku bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat2 yg Engkau berikan kpdku. Klu dihitung jasaku kpd agamaMu, mmg sckit, klu dihimpunkan igtnku kpdMu pun, terlalu kcil... Tpi, Engkau mmg Maha Pemurah lgi Maha Penyayang. Aku kagum dgnMu Ya Allah. Dan aku cinta dan kasih pdMu ya Allah..
Trma ksih kpa smua lecturer ... Atas smua ilmu dan pgorbanan yg diberi. ku pohon ampun seandainya, ada terkasar bhasa, tsilap langkah, tlanjur bdi bicara, terguris prsaan encik2 dan miss. Akan ku kenang jasa baik smua. Ku doakan kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat utk mu smua.
Buat mak abah, trm ksih jgk ats doa2 dan skgan yg dberikan. Alhamdulillah, stelah skian lama k.nik mncari mse tuk blik, alhamdulillah, ade jgk sdkit kelapangan dberikan utk blik rmah.. Alhamdulllah, smua dlm keadaan baik..
Buat sahabat smua, trm ksih jgk ats nsihat, smgat dan pergorbanan yg diberikan. Mmg sem ni, mmg byk terlibat dgn aktiviti2. Tpi dgn skgan dan drgan smua, alhamdulillah ku gagah berdiri. trm ksih smua.
Buat roomate tersayang, trm ksih jgk, ats sgalanya. Ku mtk maaf seandainya sepnjg satu tahun ni, ade tersilap langkah, terkasar bicara... ku mohon maaf jgk, sbb, jrg2 ade kat blik... mf dipohon. tpi, ku sayang kamu smua... jga dri elok2 ye...
Buat coursemate smua, diri ini jgk mohon ampun, sbb msih byk kkurangan pd diri ni. mf... diri ini ambik mse yg lama tuk myesuaikan diri. trm ksih bgi yg pd yg memahami.. kemaafan dimohon ats sgalanya. dan trm ksih diucpkan pda smua, ats sgla pertolongan yang diberikan..
Buat smua kak2 dan abg2 snior trm ksih jgk... byk yang diri ini bljr dri akak dan abg smua. trm ksih ats perkongian ilmu dan pgalaman.
Ku mohon ampun buat smua, sama ada kenal secara langsung atau tidak secara langsung..
SALAM KEMAAFAN BUAT SEMUA...

Tuesday, March 31, 2009

SuAra SeoranG Lelaki


RATUKU...
inginku luahkan,
apa yang sudah lama ingin ku luahkan,
tentang kebimbangku ini,
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah


RATUKU
kebimbanganku ini masih menebal
apabila kudengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walaupun tanpa relamu


RATUKU
kebimbanganku bertambah lagi
bila ku melihat bunga
yang tak segan silu
melampiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya


RATUKU
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang kulihat hari ini
makin banyak bunga-bunga berguguran..
bagaikan tibanya musim luruh


RATUKU
bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar
yang berlari-lari antara Safa dan Marwa
bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
menanti kekasih di pintu syurga


RATUKU
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah, mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aishah,bukan juga Rabiatul Adawiyah,
wanita suci terpuji
kerana aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah kau sekadar mencontohi
bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melawati pintu-pintu syurga
jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu


RATUKU
esok musim bunga
pasti akan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi
cuma yang ku harapkan ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisab madumu
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
kerana kaulah idaman kalbu


RATUKU
aku bukanlah memandang pada kecantikanmu
walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang kuharapkan
aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan yang bisa buat ku tersenyum lega
kerana aku akan temui ratu yang benar-benar ratu


di hati lelaki bernama kekasih...



dipetik dari videoclip UPM

UJIAN itu kasih sayang Allah..

Dalam meniti titian hidupan itu, kita tak lari dari ujian dan cabaran. Janganlah kita mengeluh ketika menghadapinya. Cubalah berhadapan dengan ujian ini, dengan hati yang sentiasa tenang. Latihlah jiwa kita untuk 'lasak'. 'Lasak' bukan untuk fizikal sahaja, malah, jiwa kita juga perlu lasak. Jiwa yang ada internal force yang kuat, jiwa yang tabah, jiwa yang sentiasa tenang, jiwa yang mampu berhadapan dan sggup mnyahut cabaran ini. Mungkin, kadang-kadang mutiara2 putih jatuh menembah bumi, namun, itu bukan bermakna kita lemah, tapi sekadar untuk mengurangkan bebanan yang ditimpa kepada kita.

Firman Allah Taala;
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)

Kita perlu ingat, ketenangan itu milik hati2 yang beriman. Orang yang banyak menderita, jiwanya perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah S.W.T. Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah hadapinya pasti ada kemenangan yang menanti. Hassan al-Banna pernah berkata, 'kemenangan dan kejayaan itu sedang menanti kita. Walaupun tekanan semakin dasyat dan keras menghimpit kita, tetapi ingatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari pasti akan terbit walaupun masih berpanjangan'.

Firman Allah Taala;
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Klu kita tengok sirah Rasulullah s.a.w. dalam perjuangan menyebarkan dakwah, pelbagai cabaran dan ujian baginda tempuh. Dan kita tengok hasilnya kini, kita boleh hidup dalam syiar Islam. Kita tengok lagi, sahabat-sahabat baginda, Bilal contohnya, beliau diseksa dengan dasyatnya. Batu diletak atas dada beliau, dijemur di padang pasir yang panas. Namun, beliau tetap dengan pendirian beliau, Allah maha Esa. Dan natijahnya, rasulullah s.a.w. mendengar tapak kaki Bilal dlm syurga msa peristiwa isyak-mikraj. Ganjaran syurga yang beliau dapat. keluarga Sumaiyah dibakar. Byk la cth tauladan yg ada...

Ujian itu kasih sayang Allah pada kita, penghapus dosa lalu, menguat jiwa.
Firman Allah taala; "Sesungguhnya Tuhan mengganjarkan mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung". Az-Zumar,10.

Dan kita juga perlu ingatlah,
Firman Allah Taala; “Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

Dan ingatlah, sinar untuk esok masih ada,
Firman Allah Taala;
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

So, dikala kita diuji, banyak2lah ingatkan Allah, jangan bersungut, hadapinya dengan hati yang redha dan bertawakallah pada Allah. Salam Mujahidah
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

Sunday, March 8, 2009

Rasulullah


Assalamualaikum w.b.t. Apa persiapan kita untuk menyambut hari kelahiran kita? kek? jamuan dan hadiah? Macam-macam kan.. Tapi, macam mana kita menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. ye? Sejauh mana kita berselawat kepadanya? Sejauh mana hari kita mengingati Baginda sepanjang kita bernafas ni? Sedalam mana kita memahami dan mengingati sirah rasulullah s.a.w. Sebanyak mana telah kita amalkan sunnah Baginda, seteguhnya mana kita mempertahankan dan memperjuangkan segala kerja Rasulullah s.a.w. siapa kita? di mana kita? ke mana kita?


Ingatkah kita di saat pemergian Rasulullah menuju kepada kekasih Hakiki, Allah Taala, apa perkataan yang keluar dari mulut baginda.. umati, umati, umati... umatku, umatku, umatku... di saat pemergian baginda, baginda masih lagi mengingati kita. Tapi kita? sejauh mana kita mengingati Rasulullah s.a.w. Apakah hadiah yang terbaik yang telah kita hadiahkan pada rasulullah s.a.w. selawat? sunnah? menyambut maulidur rasul? atau kita tak ingat pun kelahiran baginda..


Di mana kita, di saat potret Rasulullah dipermain-mainkan. Di mana kita, di saat sunnah baginda di pertikaikan, dimana kita, di saat jalan dakwah yang baginda perjuangkan ini diumbang- ambing oleh pihak musuh Islam. Di mana kita?... Pernahkah ada dalam hati, terdetik tiba-tiba rasa rindu untuk bertemu baginda, rasa berterima kasih kepada baginda. Rasa bertuah kerana terpilih menjadi umat Baginda. Tanpa baginda, siapa kita? mungkin kita tak akan dapat merasai nikmat islam dan iman.


Tapi, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Kasih sayang Allah dan Rasulullah sentiasa mengalir kepada kita semua. Terserah pada kita, sama ada menyedari atau tidak.. Jadilah kita sebaik-baik umat.. Sanggupkah kita melihat baginda menangis kerana kita dimasukkan ke neraka... Sama-sama kita menjaga diri kita, buat apa yang diperintahkan Allah, meninggalkan dan menjauhi laranganNya, menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Wassalam.

Thursday, March 5, 2009

Fisiologi IZZAH

Assalamualaikum w.b.t. pada mulanya, aku tercari2 nama terbaik, akhirnya buat keputusan nak letak nama BINTUL IZZAH. kenapa ye? Mula2, aku teringat kat family kat kampung, rindu sangat. So, letaklah nama bintul, yang maksudnya anak perempuan. hehe.. kenapa izzah? Izzah membawa maksud kemuliaan.

Pastu, aku terbaca satu buku. Ade satu article yang menceritakan pasal fisiologi Izzah. Fisiologi ni, membawa maksud ilmu yang brkaitan dengan proses yg berlaku di dlm diri individu. Izzah menjadikan individu tu semakin komited dengan Islam. Yang mana, komitmen yg tinggi ni, menyebabkan kita berpegang teguh dengan agama dlm setiap keadaan. Apa yang menariknya, benda ni mnyebabkan kita jadi lebih sihat dan segar.

Mengikut kajian american national institute of health research, 75 peratus drp kajian semasa yg ada kaitan antara agama dan kesihatan menunjukkan agama dan ibadah mendatangkan kesan positif pada kesihatan.

Satu lagi kajian sains menunjukkan bhw mereka yg berpegang teguh pd agama mempunyai hormon interleukin-6 yg tinggi dlm darah. Hormon ni bfungsi mningkatkan sistem daya tahan diri. yang mana adalah sistem pertahanan yg terdpt dlm badan. Ia mampu nk cegah serangan kuman di dalam badan. So, mmg xslh la, aku pilih bintul izzah... alhamdulillah.
Wassalam.

Wednesday, March 4, 2009

di ManA keBErkatAn ILmu?

Assalamualaikum w.b.t, tadi masa dlm kelas, agak tersentuh dengan nasihat dan teguran seorang lecturer. Dia baik sangat. Aku memang respect kat dia, hormat macam hormat kat abah. Tadi dia cakap, student ni ade 2 masalah besar. Satu memang sifat malas yg ada dlm diri masing2. Kedua sifat mudah putus asa. Dia nasihat, klu gagal skali, jgn cpt mudah putus asa. cuba lagi.. Aku kagum dgn dia, walaupun dia sedih dgn sglintir student yg slalu ponteng kuliah dia. Meskipun dia sedih, tapi dia masih bersemangat mengajar, masih lagi mampu senyum, masih lagi mampu mengceriakan suasana belajar.. Dia ckp lg, tinggal kuliah ni, mmg satu kerugian yg besar.



Di mana sebenarnya keberkatan ilmu itu ye? Aku sedih la, sebab lecturer sedih sebab sikap segelintir student, datang lewat la,ponteng la.. macam2 kerenah. Tapi hairannya, walaupun xdtg kelas, tpi result dapat gempak.. Mgkin study kat bilik kut.. yg dtg kuliah pun, belum tentu faham.. Tu la yg biase kita dengarkan.. Tapi sayangnya, nikmat belajar, mungkin diorang xdpt rasa... Sebenarnya, faham ke, tak faham ke, tu ketentuan Allah, at least kita ada niat dan usaha dtg kelas utk belajar.. Cari keberkatan ilmu.. satu kerugian jika kita study sampai larut malam, hinggakan terlepas kuliah esokannya, sebab bangun lewat. Subuh entah ke mana, kuliah pun entah mana... Moga2 kita semua berubah setapak ke hadapan. Sama2 kita memajukan diri.

Wassalam.

Tuesday, March 3, 2009

HaKiKaT KecEmERlangAN haKikI..

Assalamualaikum w.b.t. pernahkan tak baca buku TIPS-TIPS CEMERLANG DARIPADA QURAN, yang ditulis oleh Dr. Danial Zainal. Buku ni diterbitkan pd 2006 lagi, tpi baru kini berpeluang baca buku ni. Memang menarik.. buku ni ada 36 tip untuk cemerlang, yang mana dibahagi kpd 3 bahagian.

Bahagian pertama dalam kategori asas atau pokok kepada kecemerlangan. Klu dikaitkan dgn ilmu kejuruteraan awam ckit, focus pada sebuah rumah, macam pembahagian rumah, cthnya bilik, dapur, ruang tamu. Bahagian asas dalam mereka sebuah rumah. Bahagian kedua, tip-tip mengukuhkan tip-tip asas. Klu dikaiskan dengan sistem air dan pendawaian elektrik bagi sesebuah rumah. Dan bahagian last skali, tip-tip untuk mencantikkan dan melengkapkan tip2 sebelumnya.. Klu dlm rumah tu, boleh la dikiaskan dengan perkakas serta perabot.

Sebelum pergi jauh terokai buku ni, elok la kita faham betul-betul hakikat Kecemerlangan Hakiki. melalui firman Allah Taala;

".. sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur)." ( surah al- imran, 185)

Klu kita tengok dunia sekarang, berapa ramai mereka yang cemerlang dalam bidang masing2, sama ada bidang akademik, kerjaya, sukan, hatta hiburan, itu semua hanya kecemerlangan jangka pendek, yang berbentuk sementara. Klu kita selidiki lagi, berapa ramai mereka yang cemerlang terbabit dalam benda yang tak bermoral. Terlibat dalam dadah,maksiat, rasuah, dan banyak lagi. Ke mana hilangnya keberkatan ilmu di dada mereka ye?

mm.. Betul la, kadangkala kecemerlangan dunia ni boleh memperdayakan manusia. Klu kita tgk cth sirah lepas, contohnya Qarun. Dia terpedaya dengan kekayaan dan harta benda sehingga akhirnya mendapat kutukan dari Allah. Tak takut ke kita ye? Kecemerlangan yang kita dapat selama ni, merupakan satu nikmat pada asalnya, tapi boleh menjadi satu ujian kat kita. Adakah kita menggunakan nikmat kecemerlangan itu sebaik mungkin, pada jalan yang betul?

"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya,..." (surah al-Mulk, 2)

"Maka sesuatu apa yang telah diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman. Dan kepada tuhan mereka bertawakal." ( surah as-Syura, 36)

So, kecemerlangan yg hakiki adalah memasuki syurga yg disediakan Allah. Ini, tak bermakna Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Sebab apa? Sebab, kecemerlangan di dunia juga menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat.

"..Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungiilah kami dari azab neraka." ( al- Baqarah, 201)

Oleh sebab syurga milik Allah, nak masuk pun mestilah ikut prosedur2 tertentu. Bukan nak masuk makmal je, yang ade syarat tertentu. Kita seharusnya, sepatutnya untuk untuk mengikut formula Quran, jua hadis untuk mencapai satu kejayaan yang hakiki, cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat. Tapi masih jadi persoalan, kenapa kita umat islam, walaupun sudah ada garis panduan yang disediakan, tapi kenapa kita tak boleh ikut? masih lagi mencari formula lain untuk jdi cemerlang... kenapa ye...?
Wassalam

Monday, March 2, 2009

KeIStImEwaaN wAnItA

Assalamualaikum w.b.t. mmm.. lama rasenye tak buat ape2 kat blog ni. Orang selalu kata, masa itu emas. Tapi sebenarnya, masa tu lebih bernilai dari emAs. Setiap detik, setiap saat, masa yang berlalu tu, kita kena manfaatkan sebaik mungkin. Kita sepatutnya memjaganya lebih rapi dari seperti jaga barang kemas. Bagi perempuan la.. hehe. WANITA, satu anugerah yang tak ternilai pada kita. Pernah jua aku dipersoalkan oleh seseorang, kenapa kita diciptakan sebagai Wanita? Apa kelebihannya... mm.. kenapa ya? kita kena ingat yang Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.. jom kita terokai, keistimewaan seorang yang bergelar Wanita...

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, baginda menjawab: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang salihah (baik) itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang salih.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang ttakut akan Allah s.w.t, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w) di dalam syurga.

6. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila ibu bapa memanggil kamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan walinya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya.”

13. Wanita, apabila melakukan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Setiap wanita yang membantu suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan daripadanya seribu kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakanya 70 orang hamba dengan ikhlas demi membela agama Allah s.w.t. Demikianlah besarnya anugerah Allah kepada para wanita yang taat akan perintah Allah, ajaran rasul-Nya, juga kepada kita

sO, as conclusion, setiap ciptaan Allah itu ada sebab musabab, kelebihan dan hikmah yang tersendiri terhadap penciptaan ini. kita sepatutnya berbangga dan rasa syukur yg tak terhingga pada Ilahi, sebab menjadi seorang yang terpilih untuk dijadikan sebagai seorang yang bergelar seorang WANITA..
Wassalam.

Wednesday, February 25, 2009

KeNaPa Wajib TuTUp AuRaT??..

Assalamualaikum w.b.t
Kalau kita lihat dunia sekarang, masih ramai yang belum menutup aurat selengkapnya. Kenapa ya? Tahukah kita, bahawa mendedahkan aurat ini merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan sebagainya. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-


" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)

Sebagai ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-

a) Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.

b) Agar kaum wanita tidak disakiti


"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

So jelaslah bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.


Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut :

« .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »

Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam.

Firman Allah :

« Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »

d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.

Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard' pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.


e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Sebelum itu,Tanya diri kita, adakah kita beriman? Seorg yg beriman akan taat pada yang Maha Pencipta. So, hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya :

Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)

So, sahabat semua setiap perkara yang difardhukan kita, ada sbb musababnya yg tersendiri. Ada banyak hikmah disebalik semuanya. Kita seharusnya berfikir, merenung, mengkaji terhadap apa yang disyariatkan kepada kita, dan seterusnya beramal dengan penuh keikhlasan. Semoga kita semua menjadi insan yang bertaqwa dan sentiasa berada di bawah payung Rahmat dan Redha Ilahi. InsyaAllah..

Sunday, February 8, 2009

SIBUK atau TIADA MASA??...

Assalamualaikum w.b.t

Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. ( al- 'Asr )


Alhamdulillah, dah hampir sebulan lebih menyambut tahun baru, bru kini, aku dapat hantar sesuatu. Rasanya, belum terlalu lewat untuk aku ucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru. Jadikanlah, tahun ini, satu langkah menuju ke hadapan yang lebih cerah dari sebelum ni.. Dan semoga mendapat berkat, rahmat, dan yang paling penting Keredhaan Allah.. insyaAllah..

Antara 'sibuk' dan 'tiada masa'? yang mana paling tepat untuk dilebalkan untuk kita?kita di katogeri mana, 'sibuk' kah? atau 'tiada masa'? Selalu orang salah tafsir benda ni. Baginya sibuk dan tiada masa tu sama. betul ke? Bagiku, 'sibuk' dan 'tiada masa' adalah sesuatu yang ckup berbeza.. kenapa?

Ini semua sbb, 'sibuk' lebih kepada banyak kerja yang perlu dilakukan, sehinggakan tiada masa untuk solat berjemaah, untuk makan bersama keluarga, 'tiada masa' untuk membuat kebajikan. sibuk di sini, more kepada kerja-kerja duniawi. sehinggakan kerja ukhrawi diabaikan.

Ada pun, 'tiada masa' pula ialah kita memanfaatkan masa yang diberi itu dengan sebaik yang mungkin. 24 jam sehari itu disusun dengan jadual harian yang baik, yang mana seimbang perkara dunia, mahu pun akhirat, sehinggakan tiada masa untuk perkara yang sia-sia. Waktu siangnya, digunakan untuk kerja-kerja harian dan duniawi, dan pada waktu malamnya pula,selain berisitirehat, diisikan dengan pengisian rohani dan bermunajat kepada Allah.

So, marilah kita muhasabah diri sendiri. di mana kita? Tak kiralah kita ni, selalu sibuk ke, atau tiada masa ke... yang paling penting, cuba kira seimbangkan perkara dunia dan perkara akhirat. Walaupun, kita memang sibuk dengan assignment yang kena hantar, tutorial yang belum buat, ade meeting sana- sini, ada group discussion, report yang kena hantar dan macam-macam lagi, namun jangan kita lupa atau terlepas untuk solat berjemaah. Tak sempat untuk solat sunat.Terlupa untuk membaca aL-Quran. Tak ingat untuk berzikir, mengingati Allah.

Firman Allah Taala;

Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan gurau-senda. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?
( al-An'aam;32)

Sama-sama kita muhasabah diri. Wassalam.