Photobucket

Tuesday, March 31, 2009

UJIAN itu kasih sayang Allah..

Dalam meniti titian hidupan itu, kita tak lari dari ujian dan cabaran. Janganlah kita mengeluh ketika menghadapinya. Cubalah berhadapan dengan ujian ini, dengan hati yang sentiasa tenang. Latihlah jiwa kita untuk 'lasak'. 'Lasak' bukan untuk fizikal sahaja, malah, jiwa kita juga perlu lasak. Jiwa yang ada internal force yang kuat, jiwa yang tabah, jiwa yang sentiasa tenang, jiwa yang mampu berhadapan dan sggup mnyahut cabaran ini. Mungkin, kadang-kadang mutiara2 putih jatuh menembah bumi, namun, itu bukan bermakna kita lemah, tapi sekadar untuk mengurangkan bebanan yang ditimpa kepada kita.

Firman Allah Taala;
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)

Kita perlu ingat, ketenangan itu milik hati2 yang beriman. Orang yang banyak menderita, jiwanya perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah S.W.T. Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah hadapinya pasti ada kemenangan yang menanti. Hassan al-Banna pernah berkata, 'kemenangan dan kejayaan itu sedang menanti kita. Walaupun tekanan semakin dasyat dan keras menghimpit kita, tetapi ingatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari pasti akan terbit walaupun masih berpanjangan'.

Firman Allah Taala;
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Klu kita tengok sirah Rasulullah s.a.w. dalam perjuangan menyebarkan dakwah, pelbagai cabaran dan ujian baginda tempuh. Dan kita tengok hasilnya kini, kita boleh hidup dalam syiar Islam. Kita tengok lagi, sahabat-sahabat baginda, Bilal contohnya, beliau diseksa dengan dasyatnya. Batu diletak atas dada beliau, dijemur di padang pasir yang panas. Namun, beliau tetap dengan pendirian beliau, Allah maha Esa. Dan natijahnya, rasulullah s.a.w. mendengar tapak kaki Bilal dlm syurga msa peristiwa isyak-mikraj. Ganjaran syurga yang beliau dapat. keluarga Sumaiyah dibakar. Byk la cth tauladan yg ada...

Ujian itu kasih sayang Allah pada kita, penghapus dosa lalu, menguat jiwa.
Firman Allah taala; "Sesungguhnya Tuhan mengganjarkan mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung". Az-Zumar,10.

Dan kita juga perlu ingatlah,
Firman Allah Taala; “Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

Dan ingatlah, sinar untuk esok masih ada,
Firman Allah Taala;
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

So, dikala kita diuji, banyak2lah ingatkan Allah, jangan bersungut, hadapinya dengan hati yang redha dan bertawakallah pada Allah. Salam Mujahidah
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

No comments: