Photobucket

Monday, March 2, 2009

KeIStImEwaaN wAnItA

Assalamualaikum w.b.t. mmm.. lama rasenye tak buat ape2 kat blog ni. Orang selalu kata, masa itu emas. Tapi sebenarnya, masa tu lebih bernilai dari emAs. Setiap detik, setiap saat, masa yang berlalu tu, kita kena manfaatkan sebaik mungkin. Kita sepatutnya memjaganya lebih rapi dari seperti jaga barang kemas. Bagi perempuan la.. hehe. WANITA, satu anugerah yang tak ternilai pada kita. Pernah jua aku dipersoalkan oleh seseorang, kenapa kita diciptakan sebagai Wanita? Apa kelebihannya... mm.. kenapa ya? kita kena ingat yang Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.. jom kita terokai, keistimewaan seorang yang bergelar Wanita...

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, baginda menjawab: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang salihah (baik) itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang salih.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t dan orang yang ttakut akan Allah s.w.t, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w) di dalam syurga.

6. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila ibu bapa memanggil kamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan walinya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya.”

13. Wanita, apabila melakukan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Setiap wanita yang membantu suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan daripadanya seribu kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakanya 70 orang hamba dengan ikhlas demi membela agama Allah s.w.t. Demikianlah besarnya anugerah Allah kepada para wanita yang taat akan perintah Allah, ajaran rasul-Nya, juga kepada kita

sO, as conclusion, setiap ciptaan Allah itu ada sebab musabab, kelebihan dan hikmah yang tersendiri terhadap penciptaan ini. kita sepatutnya berbangga dan rasa syukur yg tak terhingga pada Ilahi, sebab menjadi seorang yang terpilih untuk dijadikan sebagai seorang yang bergelar seorang WANITA..
Wassalam.

No comments: