Photobucket

Sunday, March 8, 2009

Rasulullah


Assalamualaikum w.b.t. Apa persiapan kita untuk menyambut hari kelahiran kita? kek? jamuan dan hadiah? Macam-macam kan.. Tapi, macam mana kita menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. ye? Sejauh mana kita berselawat kepadanya? Sejauh mana hari kita mengingati Baginda sepanjang kita bernafas ni? Sedalam mana kita memahami dan mengingati sirah rasulullah s.a.w. Sebanyak mana telah kita amalkan sunnah Baginda, seteguhnya mana kita mempertahankan dan memperjuangkan segala kerja Rasulullah s.a.w. siapa kita? di mana kita? ke mana kita?


Ingatkah kita di saat pemergian Rasulullah menuju kepada kekasih Hakiki, Allah Taala, apa perkataan yang keluar dari mulut baginda.. umati, umati, umati... umatku, umatku, umatku... di saat pemergian baginda, baginda masih lagi mengingati kita. Tapi kita? sejauh mana kita mengingati Rasulullah s.a.w. Apakah hadiah yang terbaik yang telah kita hadiahkan pada rasulullah s.a.w. selawat? sunnah? menyambut maulidur rasul? atau kita tak ingat pun kelahiran baginda..


Di mana kita, di saat potret Rasulullah dipermain-mainkan. Di mana kita, di saat sunnah baginda di pertikaikan, dimana kita, di saat jalan dakwah yang baginda perjuangkan ini diumbang- ambing oleh pihak musuh Islam. Di mana kita?... Pernahkah ada dalam hati, terdetik tiba-tiba rasa rindu untuk bertemu baginda, rasa berterima kasih kepada baginda. Rasa bertuah kerana terpilih menjadi umat Baginda. Tanpa baginda, siapa kita? mungkin kita tak akan dapat merasai nikmat islam dan iman.


Tapi, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Kasih sayang Allah dan Rasulullah sentiasa mengalir kepada kita semua. Terserah pada kita, sama ada menyedari atau tidak.. Jadilah kita sebaik-baik umat.. Sanggupkah kita melihat baginda menangis kerana kita dimasukkan ke neraka... Sama-sama kita menjaga diri kita, buat apa yang diperintahkan Allah, meninggalkan dan menjauhi laranganNya, menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Wassalam.

No comments: