Photobucket

Tuesday, March 31, 2009

SuAra SeoranG Lelaki


RATUKU...
inginku luahkan,
apa yang sudah lama ingin ku luahkan,
tentang kebimbangku ini,
tatkala melihat bunga-bunga berguguran
dipetik tangan-tangan yang ganas
lagi bernafsu serakah


RATUKU
kebimbanganku ini masih menebal
apabila kudengar dengungan kumbang perosak
yang cuba menyedut madumu
walaupun tanpa relamu


RATUKU
kebimbanganku bertambah lagi
bila ku melihat bunga
yang tak segan silu
melampiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yang sebelum ini melindunginya


RATUKU
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku
kerana apa yang kulihat hari ini
makin banyak bunga-bunga berguguran..
bagaikan tibanya musim luruh


RATUKU
bukanlah ku harap kau segigih Siti Hajar
yang berlari-lari antara Safa dan Marwa
bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah
menanti kekasih di pintu syurga


RATUKU
akuilah hakikat yang tersurat
engkau bukanlah Siti Khadijah, mahupun Siti Fatimah
engkau bukan Aishah,bukan juga Rabiatul Adawiyah,
wanita suci terpuji
kerana aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah kau sekadar mencontohi
bunga-bunga itu
kembang mekar mewangi
sehingga harumannya
melawati pintu-pintu syurga
jangan kau risau ratuku
kadangkala musim berganti
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
tapi itu hanya ujian buatmu


RATUKU
esok musim bunga
pasti akan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi
cuma yang ku harapkan ketika itu
kau jaga kelopakmu itu
jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisab madumu
jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
kerana kaulah idaman kalbu


RATUKU
aku bukanlah memandang pada kecantikanmu
walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
tapi bukan itu yang kuharapkan
aku yakin ratuku
masih ada sinar harapan yang bisa buat ku tersenyum lega
kerana aku akan temui ratu yang benar-benar ratu


di hati lelaki bernama kekasih...



dipetik dari videoclip UPM

No comments: