Photobucket

Sunday, January 17, 2010

Tika KeResahan dan Kebuntuan...

aduh... di saat diri diuji, pelbagai perasaan muncul. sedih, kecewa, marah... masa tu, emosi pun dah tak menentu. pelbagai cara dibuat untuk meringankan penderitaan jiwa. setiap orang, ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah masing2.

ada yang suka makan coklat atau aiskrim, tika kesedihan. namun kemanisan tu, hanya dirasai seketika saja. lepas tu, pemikiran mula dihantui masalah kembali.

ada juga yang suka melayan perasaan sendiri. duduk menyendiri, tidak mahu diganggu. perlukan masa untuk berfikir dan cari penyelesaian. namun, ianya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

ada yang suka meluahkan perasaan, berkongsi masalah dengan sahabat karib. menanyakan pendapat dan nasihat. namun, kadang2 kerahsiaan mungkin akan tergugat.

selain tu, ada yang suka tidur ketika masalah muncul. kebuntuan itu, menyebabkan rasa berat dan perlukan rehat. namun, tidur itu hanya mampu membuatkan kita lupa seketika akan masalah yang terjadi.

ada juga, yang suka menangis. meluahkan segala kesedihan itu dengan tangisan, dengan harapan masalah itu akan gugur sebagai mana air mata itu gugur.

tapi apakah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. bergantung pada diri sendiri. namun, ketahuilah, Allah berfirman:

ketika kesedihan:
"janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"(at-Taubah;40)

ketika kebuntuan untuk buat keputusan:
"Engkaulah pemberi keputusan terbaik"(al-A'raf;89)

ketika dihimpit keseronokan dan kebenaran:
"katakanlah (Muhammad),"tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang2 yang mempunyai akal sihat, agar kamu beruntung"(al-Maidah;100)

ketika mencari penyelesaian:
"sesungguhnya pelindungku adalah Allah yang telah menurunkan kitab(al-Quran)...(al-A'raf;196)

banyak lagi ayat2 suci Al-Quran yang boleh kita fahami dan hayati dalam kehidupan kita. yang mana sebagai pendorong, penenang dan merupakan ubat yang mujarab untuk mencari segala penyelesaian. wallahu'alam.

No comments: