Photobucket

Sunday, February 7, 2010

ketika mengalami kegagalan

ku kebuntuan
pelbagai cara digunakan utk hadapi masalah ini
namun, kegagalan yang ku temui,
adakah harus untuk ku mematikan langkah
atau adakah wajib untuk ku terus dan tetap melangkah, dan melangkah..
kekecewaan, kedukaan, kepahitan, semuanya harus ditelan
hanya itu yang terbaik.
dua jalan yang bakal ku tempuh
GAGAL atau BERJAYA


* dapat nasihat dari ust zaharuddin

kegagalan itu adalah sebuah titik kepada penyambungan titik yang lain dalam kehidupan kita. Ia seperti sebuah simpang yang menjauhkan kita dari kesesatan atau melorongkan kita kepada satu laluan yang lebih baik untuk masa hadapan.

Ucapan Steven Jobs menarik apabila mendedahkan bagaimana peranan ‘merasa akan mati' memotivasikan diri untuk membuat keputusan tepat dalam kehidupan. Jobs berkata

"Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything - all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure - these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose"

Dalam Islam, kematian memang sudah lama dijadikan prinsip oleh Rasulullah saw untuk diterapkan kepada umatnya agar berusaha berfikri sesuatu yang lebih penting dan meninggalkan yang penting dan kurang penting. Bagi umat Islam, apa yang paling penting adalah apa yang akan kita bawa selepas mati. Justeru, fikirkan dan berubahlah. Janganlah menganggap kegagalan itu sesuatu yang terlalu besar, jadikan ia kunci untuk kejayaan seterusnya.

Akhirnya, kegagalan jangan dicari, tetapi apabila ia datang, Ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal.

Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat.

Sesungguhnya orang mukmin itu tidak sedih dan tidak takut kecuali Allah.

www.zaharuddin.net

No comments: