Photobucket

Friday, June 18, 2010

Permulaan Sebuah Kebahagiaan

Kebahagiaan itu bukan bermakna keseronokan dan kegembiraan dikelilingi perkara-perkara berbentuk material dan kebendaan, akan tetapi bahagia dengan diri ialah tenang dan bahagia yang lahir dari rasa ‘bertuhan’.

Inilah peraturan cinta Islami.

Bahagia atas setiap perintah Allah. Gembira dengan menjauhi semua larangan-Nya. Baik susah atau senang, tawa atau tangis hiba, ketenangan dan kebahagiaan itu sentiasa mengiringi kerana keyakinan dan kefahamannya bahawa dirinya ‘ada’ DIA Yang Maha Mengasihi, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha segala-galanya untuk dia mengadu untung nasib diri.

Firman Allah SWT :

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya : “(Iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.” ( Surah Ar Ra’du ayat 28 )

Inilah manfaat yang paling agung. Mentaati Allah SWT dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan. Mengenali Pencipta yang setiap perbuatan-Nya amat berbeza dari makhluk yang ada. Memahami setiap kebaikan dan keburukan yang diberi-Nya adalah ujian keimanan. Menginsafi betapa hikmah yang tersurat dan tersirat dari segala yang berlaku dalam hidupnya adalah di dalam pengetahuan dan kehendak Tuhan. Semua ini menjadi pendorong dan motivasi untuk dia tampil tenang. Inilah ‘rasa’ kebahagiaan yang berkekalan.

as a conclusion, ketenangan dan kebahagiaan yang diperolehi adalah hasil dari ingatan yang berterusan kepada Allah ar Rahman.

Dua perkara ingatan bersama : 1) Bahagiakan diri sendiri dan 2) Berkongsilah rasa bahagia itu.

InsyaAllah, kebahagiaan dan ketenangan akan sentiasa memayungi, kerana bahagia sebenar adalah dari ‘jiwa kehambaan’ yang sejati. moga memperoleh kebahagiaan hakikiMU ya Rabb..

No comments: