Photobucket

Tuesday, October 19, 2010

Disebalik yang Terselindung

Hikmah Menutup Aurat

Ibn ‘Arabi menegaskan perintah penutupan aurat demi ketinggian dan kemuliaan seseorang itu. Dua qubul bagi lelaki dan wanita tempat lahir manusia dimuliakan. Dari sudut yang lain menutup aurat ketika berhadapan dengan Allah s.w.t menonjolkan penghormatan kepada Allah s.w.t.

Imam al-Sya’rawi memberikan huraian yang baik mengenai hikmah menutup aurat dengan mengaitkan penutup aurat sebagai jaminan sosial. Hal tersebut kerana kecantikan seseorang itu terutama wanita adalah terhad dan akan ditelan usia. Fitrah tugas wanita melahirkan anak, mendidik anak mengurus rumah dan sebagainya mempercepatkan kepada proses penuaan wanita berbanding dengan lelaki.

Berdasarkan faktor tadi, wanita yang berkahwin akan hamil, melahirkan anak, menyusukan anak, dan begitulah rutin kehidupan wanita. Dari saat tempoh perkahwinan yang berkekalan itu, bayangkan bagaiman kejujuran, kecantikan, kesetiaan, kejujuran, keseronokan akan terjamin untuk jangka masa puluhan tahun! Sedangkan faktor-faktor masa, persekitaran sentiasa menghakis secara halus dan perlahan kejelitaan seseorang itu.

Syarat Menutup Aurat

Dr. Yusuf al-Qardawi11 menggariskan 4 syarat menutup aurat yang wajib ditutup sama ada lelaki atau perempuan iaitu:

1. Menutup seluruh jasadnya kecuali anggota yang dikecualikan syara’. Umpamanya bagi kaum wanita iaitu had muka dan kedua belah tangan sahaja yang diharuskan untuk didedahkan. Oleh itu lengan kaki, rambut, leher dan dada adalah aurat yang wajib ditutup.

2. Pakaian itu menutup warna kulit dan sifat anggota yang ditutupnya. Oleh itu ditegah memakai pakaian nipis atau jarang sehingga kelihatan kulit di bawah tutupan kainnya.

3. Pakaian itu tidak ketat sehingga memperlihatkan anggota tubuhnya. Dengan itu, tidak sah seperti pakaian tebal dengan menutupi warna kulit, tetapi ketat sehingga kelihatan sifat atau bentuk anggotanya.

4. Pakaian khusus untuk wanita bukan daripada fesyen lelaki begitu juga dengan lelaki. Ini kerana lelaki mempunyai cirri-ciri tersendiri begitu juga wanita.

5. Benda yang bersih di sisi syara’ walaupun seumpama tanah dan Lumpur. Syarat ini merupakan syarat tambahan kepada pakaian di luar solat. Tetapi jika di dalam solat. Kebersihan pakaian menjadi syarat.


Syeikh Abu Bakar menegaskan;

" وسِتْرُ حُرّةِ ولَو صَغِيرةً غَيْرُ وَجْهِ وكَفّيْنِ ظَهْرَهما وبَطْنَهما إلى الكُوْعَيْنِ بِما لا يَصِفُ لَوْنًا أىِّ لون البشرة فى مجلس التخاطب"
Dan penutupan aurat wanita merdeka mesti pun kanak-kanak selain muka dan kedua batin dan zahir tapak tangannya ialah dengan pakaian yang tidak kelihatan warna kulit dalam majlis percakapan.

Kenyataan ini memberikan panduan ketebalan pakaian yang dipakai itu diukur dalam jarak majlis perbualan biasa. Jika dalam jarak lebih kurang 1 atau 2 meter kelihatan warna kulit sehingga seseorang boleh menyifatkan gelap atau putih kulit yang ditutup pakaian tidaklah penutupan itu memenuhi garis yang ditetapkan syara’.

Ulama juga menggariskan sudut-sudut utama yang wajib ditutup ialah daripada pandangan sebelah tepi atau sisi ( kiri, kanan, hadapan, dan belakang ) dan atas sahaja. Kerana itu jika seseorang yang solat di tempat yang tinggi tiba-tiba terlihat pehanya ketika sujud tidak membatalkan solat. Tetapi jika seseorang itu memakai baju yang besar ruang lehernya ketika ruku’ atau sujud terlihat auratnya, batallah solatnya. Begitu juga wanita yang memakai baju berlengan luas kelihatan lengan atau putih ketiaknya, batal solatnya.

No comments: